Rasa macam baru je tulis ucapan selamat tinggal 2020. Hari ni dah masuk 2021.
Dulu masa tahun 2007, rasa macam lambat je lagi nak masuk tahun 2020. Tup-tup 2021 dah membuka tirai.
So, sebenarnya ada banyak sangat benda yang aku nak kongsikan di blog ni. Cuma korang faham-faham sajelah nak menaip ni kena ada mood.
Entahlah nak, kadang aku rasa macam aku boleh buat kerja blogger ni sepenuh masa. Kadang rasa aku tak mampu!
Aku tak kuat!!!! Aku perlukan sokongan dari kalian wahai pembaca. Sebab tu kalau korang perasan, aku jarang tulis content2 berunsur peribadi macam post ni. Yang ni aku tulis sempena 2021,
So, azam 2021 aku untuk blog www.mierayusof.com ni adalah, aku nak KONSISTEN dan istiqamah buat 1 hari 1 post. So by the end of 2021, post kat blog aku ada 365 post!
Kalian yang baca ni please ingatkan aku untuk buat content.
Aku nak blog aku ni bermanfaat untuk semua buat selamanya.
Aku sebenarnya ada satu masalah tau semasa menulis, iaitu aku tak tahu nak bahaskan diri aku ape, sama ada aku, saya, Mira, cikmira atau sis. Pening aku. Sebab tu kalau korang perasan, ada post aku yang aku tulis Mira je manjang, bila baca balik, macam gedik pun ada, macam mengada, manje pun ada.
So, aku pon tukarlah kepada aku. Lepas tu ade plak kadang-kadang tu aku bahaskan diri aku sis. tu biasanya untuk pos berkaitan UIA lah.
Cakap pasal UIA ni, aku dijangka convo bulan 3 ni. tapi tak tahulah guane. Kes kat selangor ni 1,000+ je memanjang. Tak yah tengok jauh-jauh, kes kat rumah aku ni pon tinggi je sokmo.
Aku ni keluar rumah pun tak. Kadang-kadang je, 'work from home' lah katakan.
Ok lah,rasanya tu je. So, aku dah nyatakan azam 2021 aku. Ape plak azam 2021 korang?
Oh ya, sebelum terlupa, TOLONG DOAKAN URUSAN AKU DIPERMUDAH DIDUNIA DAN DIAKHIRAT.
Aku minta tu je dari korang. Aku tak nak duit sebab aku boleh cari sendiri. Aku nak korang sedekahkan al-fatihah kat aku supaya hidup aku lapang. Tolong ye.
Terima kasih.
0 Comments
Thank you for your comment ^_^