SELAMAT TINGGAL 2020

Assalamualaikum semua.

Pejam celik pejam celik, esok 1 Januari 2021.

Umur pun makin bertambah, dalam tak sedar kurang 5 tahun lagi untuk join 3 series! Dulu rasa macam muda je baru 18, ni dah nak masuk 28 weh serious lahh!!! 

Apa je aku buat sepanjang 2020 ni?

Entah lah, rasa macam ada peluang yang aku siakan semasa PKP, dan peluang tu aku baru rebut hujung tahun ni.

Takpelah, ada lah tu hikmahnya. Doakan aku dapat istiqamah untuk terus berada dalam landasan ni. Nanti aku kongsikan perkembangan terbaru aku.

Kalau korang perasan, start hujung bulan 10 haritu, sampai lah pertengahan bulan 12, memang konsisten aku post content setiap hari tau. 1 hari 1 post.

Bermula aku balik kampung 18 Disember haritu, terus kurang aku luangkan masa dengan blog ni sebab aku ada kena buat benda yang lagi penting.

Dan benda tu pon tak siap lagi. Nanti aku kongsikan ya.

Oh ya, tahun ni rasanya paling ramai kawan-kawan aku yang mendirikan rumah tangga. Kawan sekolah rendah, kawan Maa'rif, kawan SAMTSH, kawan UIA dan kawan-kawan yang aku kenal. Kebanyakannya telah membina masjid pada tahun ini.

Mesti korang tak percaya, masa aku sekolah tak silap, aku pernah lah pasang cita-cita nak kawin umur 23 tahun tau. Yelah aku kan suka nombor 23. So, nak lah  jugak moment bahagia tu berlaku pada umur 23.


Seindah-indah perancangan aku, indah lagi perancangan Allah. Semasa aku umur 23, Allah telah memberikan aku satu peluang yang aku amat hargai sehingga kini. 

Yang mana kalau aku tak dapat peluang tu, mustahil untuk aku dapatkannya kemudian. Ya, itu adalah peluang menyertai program pertukaran pelajar. Serious weh, mindset aku ni fikir BUDAK BIJAK, AKTIF je yang akan join program ni. Aku ni TAK BIJAK SANGAT, AKTIF PUN TIDAK. Pemalu plak tu.

Tapi aku diberi peluang untuk join program pertukaran pelajar tu, SPONSOR plak tu. Allahu, mungkin tu lebih bahagia untuk aku daripada mendirikan rumah tangga(ketika itu).


Masa aku dah umur 25+ ni kan, baru aku nampak, student yang kawin muda ni kan, ape yang dorang nak eh? macam tak sabar je . kadang tu ada yang diri sendiri pun mak ayah tolong topup setiap bulan, tiap bulan mintak duit kat mak, makanan mak masak, rumah mak kemas, baju mak lipatkan tapi dah berani nak pikul tanggungjwab sebagai suami. Amboi! 

Aicewahh. gitulaa ceritanya.

Tapi aku lupa, siapa aku untuk judge orang tu. Aku tak tahu kisah hidup dia. Aku tak tahu pon dia macam mana, cakap orang lebih sudu dari kuah, diri sendiri belum kena lagi. 

Ok2, tak kisahlah kau nak kawin lambat ke cepat ke sebab kematangan tu tak ikut usia pun sebenarnya. kan kann. Perkara yang aku bebelkan tadi tu, bukan lelaki 20an je hadapi lagi2 kalau dalam famili tu ramai perempuan.

Tapi lelaki 30an-40an  pun, kalau dah dididik macam tu. Macam tu laaa. Eh ye ke? Sorry terjudge lagi.

Maafkanlah aku. Aku ini hanya insan biasa.


Oh ye, ada lagi. Orang cakap carilah lelaki yang sayang kita lebih daripada kita sayang dia. Entahlah aku rasa macam dia sayang aku lebih daripada aku sayang dia. Cewahhh.

Korang doakanlah aku dijodohkan dengan seorang lelaki yang boleh menjadi pelengkap hidupku. 

Rasanya itu je ucapan hujung tahun 2020.

Please kalau korang teringat aku dalam solat korang, doakan kebahagiaan aku dunia dan akhirat. Aku tak rasa aku mengejar akhirat sekarang ni di dunia akhir zaman ni.

Ok esok hari Jumaat kan, jangan lupa baca al-kahfi ye! Siapa dah hafal al-kahfi 10 ayat terawal dan terakhir? Kalau dah hafal, kita geng! kalau tak hafal lagi, mungkin boleh jadikan azam 2021 korang.

Selamat tinggal 2020.

Banyak kenangan manis dan pahit tahun 2020 ni.

Ada yang aku kongsikan di blog ni. Ada yang aku simpan sendiri.

Terima kasih kepada yang sudi membaca blog aku ni. 

Assalamualaikum!

Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement