TUTORIAL CARA DAFTAR AKAUN PAYPAL

Assalamualaikum semua.



Paypal adalah sebuah platform pembayaran atas talian yang menyokong pemindahan duit (money transfer). 


Ia boleh digunakan untuk individu dan juga usahawan yang berbajet kecil. Paypal juga menyediakan pelbagai servis lain yang berkaitan sepeti pembayaran menggunakan kad debit, kredit kad untuk kedai kecil dan sebagainya. 


CARA DAFTAR AKAUN PAYPAL 



1) Masuk ke laman web paypal. Klik sini > DAFTAR PAYPAL

 Klik Sign up yang berada di atas kanan.




2) Klik 'Personal Account'. Jangan klik Business account walaupun anda ada bisnes. Nanti dulu.

3) Klik 'Both of the above

Maaf, label di bawah tu salah, sepatutnya klik no 3 ya, bukan no 2. 


4) Masukkan nombor telefon anda. 


5) Anda akan dapat 6 digit kod di nombor yang anda masukkan sebentar tadi. Tulis no digit tersebut ke dalam kotak seperti dibawah. 

6) Anda perlu isi maklumat yang diminta.


7) Masukkan alamat seperti yang tertera pada IC

8) Akaun anda telah siap! Boleh je tekan mana-mana, aku galakkan tekan yang atas. 


9) Kalau ada kad debit visa, aku sarankan korang untuk guna yang tu. Sebab duit dari paypal akan terus masuk ke akaun anda berbanding anda guna kad debit.

10) Kalau sekadar nak create akaun dulu, boleh tekan 'Go to your account'.


11) Ini interface bila anda dah selesai daftar akaun. 



12) Nampak logo loceng ? Tekan, nanti anda akan lihat 3 notifikasi seperti dibawah. Anda boleh sahkan emel anda dan link kan debit anda(jika belum buat).


13) Jika anda tekan ' Link Debit Card', maka ia akan keluar seperti dibawah. Dua-dua cara ok je. Seperti yang aku cakap tadi, kalau ada kad debit visa, utamakan yang tu. 


Last but not least, ini plak interdace bila korang dah mula ada transaksi duit keluar masuk.

Payment received - anda terima bayaran daripada...
Payment to - anda membayar kepada... 




AWAS!!!


Di paypal pun ada scammer tau. Nanti aku kongsikan lebih lanjut ok. Teruskan membaca post yang lain. 

Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement