Hari ni sis nak kongsikan lah mengenai 'kerja' terbaru sis setelah habis belajar ni.
Maksudnya sis bukan ajar pelajar sekolah tetapi orang dewasa yang ingin belajar bahasa Melayu.
Kalau anda dah baca pasal post sis mengenai nak jadi tourguide walking tour yang tidak kesampaian tu, hah inilah yang sis nak katakan tu. Sis masih dapat mencapai objektif sis tetapi dalam konteks berbeza.
Sis jadi cikgu di sebuah platform atas talian untuk belajar bahasa iaitu ITALKI.COM.
Jika anda tidak pernah tahu, Italki.com ni menyediakan platform untuk anda mengajar dan belajar pelbagai bahasa dari seluruh dunia tau.
Cakap je bahasa apa, semua ada.
Anda boleh pilih untuk jadi pengajar atau ingin belajar.
Jika anda ingin belajar, anda hanya perlu cari cikgu untuk bahasa yang anda ingin belajar.
Jika anda ingin mengajar pula, ada langkah-langkahnya sebelum anda diiktiraf untuk menjadi seorang cikgu. Nanti sis kongsikan.
Sis mula daftar untuk menjadi cikgu pada bulan disember 2020 lalu,
kelas pertama sis adalah pada 29 DISEMBER 2020.
Dan alhamdulillah sekarang ni sis dah ada 5 orang pelajar dari pelbagai negara.
Ini sahaja untuk kali ini. Nanti sis cerita lagi ya.
Ada apa-apa yang anda nak tahu mengenai ini?
Komen dibawah.
0 Comments
Thank you for your comment ^_^