CARA DERMA DARAH SEMASA PKP DI SELANGOR

Assalamualaikum semua.

Mungkin ada diantara kalian yang ingin menderma darah tetapi tidak tahu bagaimana jika semasa PKP ini.

Post ini khas untuk warga Selangor, untuk di negeri lain konsepnya mungkin sama.

Untuk derma darah ini, tidak semestinya perlu dilakukan di klinik atau hospital kerana pihak hospital biasanya buat secara mobile(bergerak).

Ini bermaksud, anda hanya perlu mengetahui adakah program derma darah ini dilakukan di kawasan rumah anda.

Bagaimana untuk tahu?

Mudah sahaja, untuk warga Shah Alam, anda boleh follow facebook page DERMA DARAH HTAR ini.

Setiap minggu mereka akan kemaskini lokasi derma darah bergerak.


Apa anda perlu lakukan sebelum ke lokasi derma darah?



Anda digalakkan untuk mengisi borang ini dirumah dan bawa bersama ke lokasi derma darah. Borang boleh disini >> BORANG PENDAFTARAN

2. ISI SLIP KEHADIRAN DERMA DARAH

Jika anda risau ada sekatan jalan raya sepanjang anda dalam perjalananan ke lokasi derma darah.

Anda boleh mengisi SLIP KEHADIRAN DERMA DARAH secara atas talian untuk ditunjukkan kepada anggota polis nanti.

Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement