PKP LAGI. ANDA OK KE TU?

Assalamualaikum semua.

Hari ni santai je. Kalian mesti dah dengar mengenai berita yang PM kita umumkan baru-baru ni.

6 buah negeri yang perlu menjalani PKP seperti mana bulan Mac tahun lepas.

Negeri yang terlibat dengan PKP adalah:

1) Selangor
2) Wilayah Persekutuan KL, Labuan, Putrajaya
3) Johor
4) Pulau Pinang
5) Melaka
6) Sabah


Sis tinggal di Selangor. Takkan nak lari ke Pahang pula. Bila fikir-fikir balik, balik Pahang pun best juga sebab dapat tinggal kat kampung. Tapi, mak sis kena WFH, sis pun WFH juga. Adik2 sis semua ada kelas online. Jadi, tak dapatlah nak balik sebab coverage internet di kampung agak lemah terutama di rumah tok.

Kalau anda ada twitter, memang kecoh lah pasal PKP ni, majoriti tak puas hati sebab pengumuman dibuat saat akhir iaitu 2 hari sebelum PKP.

Mana lah orang tak bengang, nak cakap lebih karang dicop plak.

Tapi, itulah dia, kita ni rakyat marhein je. Tak mampu kita jaga kita, yang penting buat aku jaga aku. iaitu jaga diri sendiri.

Rasanya tu je. Anda ada idea tak untuk sis kongsikan disini?

Sebenarnya banyak je benda yang sis nak kongsikan tetapi bila nak menulis tu selalu tiba-tiba kosong kelam fikiran ni.


Sis ni dah hampir sebulan batuk berkahak. kahak dah dibuang tetapi setiap hari makin ada. Jenuh dah batuk nak bagi keluar kahak tu tapi mak aihh seksa. Habis dah 3 botol ubat batuk yang berlainan jenama. Nanti sis review pasal ubat batuk ni.

Nak kata sis suspek C****, masalahnya sis ni selera makan masih ada, deria rasa semua masih berfungsi dengan baik. 


Banyak pula membebel. Akhir kata, jaga diri ye semua!

Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement