Sis nak kongsikan mengenai resepi mudah untuk buat ayam perap BBQ.
Sejujurnya sis dah selalu sertai aktiviti BBQ tapi sis hanyalah sebagai tukang makan.
Baru-baru ni baru sis berkesempatan untuk belajar buat sendiri bahan perap. Mudah saja rupanya.
Sis kat rumah memang jarang buat ayam bbq ni.
Bahan-bahan yang diperlukan ialah:
1. Serbuk lada
2. 1 botol madu
3. Limau nipis 7-10 biji
4. 1 botol sos tiram
5. 1 botol sos cili thai
6. 2 kiub ayam atau 1 kiub ikan bilis.
7. 3 sudu makan serbuk Lada Sulah
Caranya sangat mudah, gaulkan semua bahan di atas didalam bekas sehingga sebati.
Jika anda guna sebotol untuk semua, ia cukup untuk perap 5-6 ekor ayam saiz sederhana.
Jika anda ingin perap beberapa ketul ayam sahaja, hanya guna SATU SENDUK NASI sahaja untuk setiap bahan dan campurkan.
Tak perlu garam dan gula sebab bahan-bahan ni semua dah ada perasanya tersendiri.
OK, kat bawah ni sis kongsikan hasil masakan sis.
0 Comments
Thank you for your comment ^_^