Hari ni sis nak kongsikan satu produk pembersih yang aku beli di Shopee tempoh hari.
Produk ni jenis foam dan spray.
Sis beli ni dengan tujuan untuk mencuci bilik air. Almaklumlah kita je tukang cuci bilik air ni. Lepas tu lantai dan dinding plak jenis yang cepat naik lumut hitam tu. Agak stress jugaklah sebab setiap minggu atau setiap dua minggu kena garas lantai dan dinding.
Produk ni claim bahawa tidak perlu menggaras (Scrub) dah lepas spray. Teruskan membaca untuk tahu feedback sis mengenai produk ni.
So, percubaan pertama sis adalah spray selipas tandas berwarna kuning tetapi belah atasnya telah hitam. Ok sebenarnya selipar tandas ni tak pakai pun bila masuk tandas, untuk kegunaaan tetamu.
Tapi biasalah, lepas dah setahun dua dalam tandas, logiklah selipar tu jadi kehitaman.
Sis spray dan tinggalkan dalam 30 minit. Kemudian bilas. Memang berkesan.
Sis cuba pula pada selipar tandas berwarna merah di bilik air satu lagi, yang tu hitam dia lagi menyerlah. Dan kesannya tidak sehebat yang warna kuning tadi.
Tidak cukup dengan itu, sis cuba pula spray pada dinding tandas yang berlumut tu. Tak pastilah apa istilah yang betul, lumut atau apa.
Bila spray di dinding, foam tu meleret jatuh ke bawah. Selepas spray, sis tinggalkan sahaja. Dan selepas beberapa jam sis cek balik dinding tu, dah takde dan dinding tu menjadi sangat bersih! Seperti telah dicuci padahal sis cuma spray je! Memang wowww!
Malangnya spray tersebut hampir kehabisan. So memang perlu beli 1 botol dan refilnya.
Akhir kata, spray pembersih ni memang disarankan untuk ada disetiap rumah untuk memudahkan urusan anda mencuci bilik air.
Sis cuba mencari spray ini di pasaraya. Ada tetapi jenis yang lain. Jenis yang macam ni tak ada.
Persoalannya, memang tiada di pasaran offline dan hanya boleh didapati online sahaja?
Atau di pasaraya yang sis pergi tu je yang tak jual seperti yang sis guna ni??
Jika anda ingin membelinya di Shopee, boleh beli >>>disini atau klik je pada gambar
Dibawah ni antara produk lain Magicclean. Ni sis jumpa di Pasaraya Village Grocer di Icity mall Shah Alam.
Kongsikan pengalaman anda menggunakan produk ini.
1 Comments
Sy pn guna kn sabun ni...mmg berbaloi...
ReplyDeleteAda satu hari tu, sabun tu tkena kt kulit sy n kbetulan masa tu de luka yg belum sembuh... Da 2 hari tgn sy jd sakit, mcm sengal2 tulang tp sy xpasti adkah efek dr sabun tu atau sbb lain....
Thank you for your comment ^_^