Review Nasi Lemak Atok KFC, sedap dari MCD ke?

Assalamualaikum semua.

Hari ni sis nak review mengenai nasi lemak atok KFC.

Kalau tak silap lah, rasanya ni kali pertama sis makan nasi lemak KFC.


Boleh pilih nasi colonel atau nasi lemak. Nasi colonel tu nasi yang biasa kalau nak order tu.

Nasi lemak tu real nasi + santan.

Dari segi harga, tidaklah terlalu mahal dan tidak juga terlalu murah untuk 'fast food'.

Sis order nasi lemak + ayam 2 ketul.

Dan inilah yang sis dapat. 

Inilah baru sesuai dikatakan nasi lemak. full set iaitu:

1. Nasi lemak - nasi bersantan
2. Sambal bilis
3. Telur rebus sebiji gaiss
4. Timun
5. Kacang
6. Ikan bilis goreng - hilang! tiada dalam gambar


Sebenarnya ayam dua ketul ya. ada peha tetapi agak tersorok disitu. 




Jom baca review jujur dari sis:


1. Nasinya tidak bergitu berlemak. Ok la, kalau berlemak sangat karang muak plak nak makan kan.
2. Part telur tu sis puas hati sebab dapat sebijik. Sis ni memang wajib ada telur rebus kalau makan nasi lemak, biar takde lauk lain asalkan ada telur!
3. Kacang - agak lemau, macam kurang masak. Sis tak berapa gemar makan kacang dengan nasi lemak. Kacang ni sis makan yang terakhir sekali selepas nasi, ayam, kuah, telur habis dimakan.

4. Sambal - ni part paling penting untuk menentukan kesedapan nasi lemak tu. Setuju?
Sayangnya, sambal ni kureng umphh! Tak pedas langsung weh. Dan paling sedih, tak cukup!

Harap KFC dapat pedaskan lagi sambal ni. Janganlah buat sambal untuk hidang kat kanak-kanak. Sebab orang kita kan kebanyakannya suka makan pedas, tapi tak perlu buat terlalu pedas pun. Yang penting pedas! Kerana apa? Bila sambal tu pedas, kita tak perlukan kuantiti yang banyak pun untuk dimakan bersama nasi.

Tetapi apabila sambal itu kurang pedas, kita akan cenderung untuk letak banyak sambal pada nasi.

Oh, adakah itu strategi KFC untuk menggalakkan orang 'add-on' sambal? 

5. Timun - tak kedekut langsung. Terbaik!


Akhir kata, anda yang masih belum mencuba nasi lemak atok KFC ni. Boleh lah membelinya di mana-mana cawangan KFC berhampiran atau order sahaja melalui Grabfood atau Foodpanda.


Anda dah makan nasi lemak ni? Apa komen anda? 



Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement