Hari ni sis nak review mengenai produk baru Nestle Malaysia iaitu Nestum Sweet Potato & Taro Special Edition. Hari tu sis juga dapat hadiah dari Nescafe Malaysia.
Baca disini >> Free gift dari Nescafe Malaysia
Sis dapat sample percuma yang sis redeem melalui newsletter Nestle. Anda pun boleh tebus sample percuma daripada Nestle ni tau.
Inilah sample yang sis dapat tu, dalam ni ada 2 sachet nestum.
Apabila dibuka |
Apalagi, sis terus bancuh dalam cawan Nescafe yang sis dapat haritu.
REVIEW JUJUR DARI SIS:
1. Walaupun pertama kali minum, rasanya boleh diterima tekak dan sedap.
2. Sis bancuh dalam cawan nescafe tu, cawan tu kecik je tau. Dan rasanya tidak terlalu manis. Mungkin kerana portionnya yang sedikit, hanya 27gram.
Jadi, jika dibancuh dalam cawan saiz normal, anda akan dapati ia sedikit cair. Sesuai guna 2 sachet kalau nak bancuh dalam cawan saiz normal.
3. Warnanya bagi sis tidak terlalu menarik yang boleh membangkitkan nafsu untuk meminumnya kerana warnanya yang pucat. Masuk akal kan?
Rasanya itu je.
Anda sudah mencuba nestum sweet potato & taro special edition ni?
Jika belum, dapatkan segera sementara ia masih berada di pasaran.
Tq Nestle Malaysia |
0 Comments
Thank you for your comment ^_^