Hari ni sis nak review lah mengenai sambal yang terkenal di Indonesia (mungkin) dan kurang terkenal di Malaysia iaitu SAMBAL TERASI.
Nama pun nama Indonesia. Terasi ni perkataan Indonesia ya yang bermaksud BELACAN.
Laa, sambal belacan ke? Ingatkan sambal ape la.
TAPI, ini sambal 'belacan' versi Indonesia.
Sedap ke? Sama kah selera kita orang Malaysia dengan di Indonesia?
Jawapannya = SAMA terutama jika anda berada di luar negara.
Anda akan terlihat orang Indonesia, Thailand, Singapore, Brunei, Cambodia, Vietnam itu seperti saudara kita sendiri kerana kita ini NUSANTARA dn serumpun.
Bahagian belakang sambal terasi |
SAMBAL NI RASA MACAM MANA?
Mesti anda tak percaya, sambal ini rasanya seperti sambal ayam penyet!
PERLU MASAK DULU KE? ATAU BOLEH TERUS MAKAN?
Sambal terasi ini adalah READY TO EAT. Buka dan makan. Mudah kan dibawa travel?
Sis pertama kali mencuba sambal terasi ini ketika di luar negara iaitu di Turki.
Di tempat sis iaitu di Isparta, sangat-sangat sikit orang Nusantara, orang Malaysia apatah lagi.
Jadi, kami bagaikan satu keluarga disana. Baik lelaki mahupun perempuan.
Ada satu sahabat Indonesia SIS ini, dia menunjukkan sambal terasi ini.
Buat pertama kalinya(masa tu) sis rasa teruja dengan sambal tu, dan setelah makan dengan nasi putih bersama ayam BBQ. Pergh rasanya enak sekali dong!
Kat sana (Turki), sumber cili yang pedas bukan mudah untuk didapati. Hatta di pasar menjual 'cili pedas' tetapi hakikatnya cili tersebut tidak pedas langsung sehinggakan sis kena rasa dulu cili tersebut
sebelum membuat keputusan untuk membelinya.
Kerana, bagi mereka 'cili pedas' itu sangat pedas bagi mereka, tetapi bagi kita orang Melayu ni, kepedasan tu level macam cili besar jer.
Bila pulang ke Malaysia ni, rasa teringin pula nak makan sambal ni dan juga nak buat stok kalau-kalau berjalan/travel ke mana-mana ke, sekurang-kurangnya ada la juga 'sambal belacan' segera ni.
Btw kan, sis sebenarnya tabik kat orang Indonesia sebab mereka suka mencipta sesuatu yang mesra travel.
Anda tahu susu pekat pun mereka pack kan kecil-kecil macam saiz sambal terasi ni. Menarik kan? p/s: Seach je susu bendera kental manis frisian flag.
Oklah, sis sajikan gambar-gambar sis bersama sambal terasi yang sis beli ni.
MANA NAK BELI SAMBAL TERASI NI?
Dimana lagi kalau bukan di Shopee.
Search je sambal terasi, anda akan jumpa dua jenama iaitu ULEG dan ABC. Jenama ABC sis tak pernah cuba lagi rasanya. Nanti dah cuba sis review yang itu pula ye.
Lupa nak beritahu, sebenarnya sis bukan sahaja beli sambal terasi, sis juga beli sambal ijo. Sambal Ijo ni sis belum rasa lagi. Nanti dah rasa sis review yang tu plak.
Sambal Ijo ni sis beli 10 je. Sebab ni pertama kali cuba. Kalau sedap sis repeat order. |
Kat bawah ni plak bumbu nasi goreng dari jenama ni.
Yang ni sis dapat percuma.
Ni pun tak pernah cuba lagi. Nanti dah cuba sis review. Mohon bersabar ye.
p/s: Sebenarnya banyak je jenis sambal yang sama konsep dengan sambal terasi ni. Korang pilih je nak rasa yang mana dan kalau sedap, bolehlah jadikan pilihan utama.
0 Comments
Thank you for your comment ^_^