ALFATIHAH UNTUK MAK KAKAK IPARKU

Assalamualaikum semua.

Hari ni sis nak minta rakan-rakan yang baca post ni untuk sedekahkan alfatihah untuk ibu kepada kakak ipar sis yang baru je meninggal dunia jam 1.45am.


Entah kenapa, sis juga terasa kesedihannya kerana sis pernah lah jumpa arwah beberapa kali. Walaupun tidak rapat tetapi seakan terasa pemergiannya.

Kakak ipar sis sudah tentu lebih sedih dengan pemergian ibu tersayang. Siapa je tak sedih kalau ibu yang kita sangat-sangat rapat, tetapi meninggalkan kita selamanya. Tiada lagi doa ibu yang mengiringi kehidupan sehari-hari.

Kadang sis terfikir juga, bagaimanalah nanti kalau sampai giliran sis untuk merasai perasaan itu. Hanya bayangkan je pun dah buat sis berair mata, inikan pula kalau betul-betul berlaku.

Sedangkan masa mak sis masuk hospital sebab nak buang batu karang, padahal takde risiko besar pun. Itupon sis dah menangis macam apa bila tengok mak baring atas katil. Serious hati sis tak kuat!

Kawan sis yang sudah meninggal 3 tahun lalu pon sis boleh berair mata kalau teringatkan arwah.


Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement