RESEPI AYRAN HOMEMADE, AIR YOOGURT TURKI

Assalamualaikum semua.

Hari ni sis nak kongsikan resepi yang amatlah mudah. Hanya 3 bahan diperlukan iaitu yogurt, air dan garam.

Eh nak buat apa pula letak garam dalam air ni?

Haa, nak buat air ayran.

Apa pula ayran tu? Nama orang ke?

Bukan, ayran tu adalah air yogurt Turki.

Kalau korang ke Turki, korang mesti selalu jumpa air ni.

Sis dulu sebelum ke Turki, memang sis dah mula jinakkan diri dengan yogurt ni.

Lepas tu bila sampai sana, sis cuba pula minum ayran ni.

Mula-mula memang rasa macam ermm ... lama2 suka plak.
  

Sis paling suka ayran di Isparta yang botol hijau tu. Enak!


Sebenarnya nak buat air yogurt turki ni teramatlah mudah.

Bahan-bahannya
1. YOGURT asli/original mana-mana jenama- sis suka guna greek yogurt.
2. Secubit garam . boleh tambah or kurangkan ikut selera anda.
3. Secawan air(kalau bancuh dalam air)


Langkah untuk membuatnya pun teramatlah mudah.

1. Dua sudu makan yogurt. Kalau nak pekat lagi boleh letak 3-4 sudu. Ikut selera anda. Untuk kali pertama, letak dua sudu dulu ok.

2. Letak garam halus secubit. Kang sis cakap agak-agak, anda letak satu sudu pula. Risau pula sis. So, ketak secubit dulu, ada orang suka yang lagi masin.

3. Tambahkan air sampai penuh cawan tu, ni kalau guna standard cawan. Kalau guna cawan besar tu, tak perlu isi air sampai penuh. Agak-agak je.

4. Kacau sehingga yogurt tu sebati dengan air.

Dah siap!


Cuba minum. Apa rasanya?

Ya apa yang anda rasa, itulah rasa ayran. Lepas ni kalau anda ke Turki, anda tidak akan rasa pelik dengan rasa ayran tu.

Selamat mencuba! 

Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement