3 PENGALAMAN PRICELESS SEMASA PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR MEVLANA 2018

Assalamualaikum semua.

Dah 3 tahun berlalu baru aku nak cerita, alkisahnya kan, ramaila tanya lepas aku balik dari exchange study tu. 'belajar apa kat sana?, pergi jalan-jalan je ke? best ke? kena cakap Turki ke kat sana? 

Punyalah best aku pergi exchange tu sampai tak tahu yang mana satu best dan yang mana paling best.

Setelah difikir-fikir, ada 3 benda yang bagi aku, hanya di Turki je aku akan dapat pengalaman tu.

Ok sebenarnya ada banyak tapi kali ni aku nak kongsikan 3 je dulu.


1) JUMPA PRESIDEN TURKI, RECCEP TAYYIB ERGOGAN DI ISTANBUL 

Kat Malaysia ni, takde satu pun perdana menteri yang aku pernah jumpa depan-depan. Alih-alih kat Turki, dijemput ke acara yang ada president Turki.

Nama event ni Uluslarasi ogrenci bulusmasi (International student meeting)

Dari Isparta kami naik bas ke Istanbul, tak ingat dah berapa jam. yang pasti lebih 6 jam perjalanan. 


Sampai je di Istanbul, kami terus ke lokasi konferens. Aku duduk kat bahagian sini. kat bawah ni masa president Turki berucap, sudah tentulah dalam bahasa Turki. Sebenarnya kan... aku tak faham pun apa yang diperkatakan oleh beliau tapi buat-buat faham je lah. Faham sikit-sikit jelah tak faham keseluruhan ayat sebab masa tu masih belajar bahasa turki dan sekarang pun masih belajar lagi. 



kat Turki, ada satu 'kelab' untuk pelajar asing tau.  Tak pastilah kelab adalah istilah tepat untuk tu. Kat Malaysia mungkin ada juga tapi aku tak ambil tahu sangat sebab kawan foreginer pun aku takde. Kesian ko mira. 

Kelab tersebut adalah Federation of International Students Associations atau bahasa turkinya
Uluslarasi (international) ogrenci (student) dernekleri (association) federasyonu (federation) atau lebih dikenali sebagai UDEF.

Setiap negeri ada ketua UDEF ni dan ketua di Isparta(masa tu) ialah Ali hoca. rujuk gambar pertama yang berdiri dalam bas. Dia ni baik sangat-sangat. aku kena tulis post khas tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan bersama kami di Isparta.




Event ni sekejap jer. Lepas habis event tu kami terus pecut ke restoran Malaysia, sudah tentulah restoran Nur Muhammad. lepas rindu jap kat makanan Malaysia. Kat Isparta tu memang lah kami masak lauk Malaysia tapi kena jimat-jimatlah. hahaha.


2. MODEL POSTER HARI PELAJAR ANTARABANGSA DI UNIVERSITI SULAIMAN DEMIREL

Ini pun bagi aku peluang yang agak rare lah. Sedangkan masa kat sekolah apetah lagi kat universiti, memang tak lah aku nak jadi model untuk memana poster. Bukan tak nak tapi tak layak plus siapa je nak ambil aku jadi model. hehe.

Tapi kat Turki ni, siap dapat offer jadi model. Itu pon kebetulan masa dorang nak photoshoot poster. DOrang pangggil lagi pelajar-pelajar international ni. Tapi sebab ramai yang ada kelas, dan kebetulan aku dan Atilia masa tu ada kat kampus. So, aku dipanggil lah untuk jadi model.
 
Dah lah masa tu aku pakai tudung corak love love weh. Dengan muka sememeh, tak makeup ape langsung terus masuk untuk bergambar. Maka jadilah hasilnya seperti dibawah

Betapa kerdilnya aku disitu. Tu pon mujur nampak. 





korang perasan tak apa yang tak kena dengan gambar diatas ni? Ada dua orang gadis yang terpinga-pinga, seorang pandang ke kiri entah apa yang dipandangnya, seorang pula berdiri tegak seperti ingin menyanyi lagu negaraku. Padahal yang lainnya sedang berposing mengangkat tangan.




masa ni dah habis photoshoot so kita bergambar lah pulak ye. Btw yang kat tengah tu adalah orang lama di Isparta. kami panggil banglong. Nama sebenar dirahsiakan. Dia la yang banyak bantu kami di sana dari mula sampai sehinggalah habis belajar. Thank a lot banglong!!!


3. AHLI JAWATANKUASA PROGRAM UNTUK PELAJAR THAILAND DI ISPARTA

Setiap tahun persatuan pelajar Thailand akan buat program di negeri-negeri ikut giliran. Kebetulan tahun tu adalah giliran Isparta untuk jadi tuan rumah. Dan ada sorang je pelajar Thailand disitu, sebab itulah kami kami student Malaysia dan Indonesia ni pun terbabit sekali jadi committee.

Best sebab dapat pergi jalan-jalan dengan percuma, dapat kawan baru dan banyak lagi.

Yang ni kami ke Pamukkale di Denizli dan ke Egirdir di Isparta.











Itu jelah. Akhir kata, pengalaaman ke Turki ni adlaah pengalaman yang amat-amat bermakna dalam hidup aku. Alhamdulillah terima kasih Allah sebab beri aku peluang ini.


Kalau nak aku kongsikan pengalaman lain, sila komen. hehe. 


Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement