Hai semua, hari ni mood rajin aku datang menjengah. Jadinya, aku nak kongsikan seksyen-seksyen yang penting didalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 atau lebih dikenali sebagai OSHA (Occupational Safety and Health Act).
Dibawah ni aku telah mudahkan daripada yang tertulis didalam buku akta tu supaya korang pun senang nak ingat. Aku pon terbelit otak nak ingat masa mula-mula tu.
Lepas baca tu kongsikanlah dengan kawan-kawan yang lain ye. Jangan simpan sorang-sorang.
PENTING!
Semua dibawah ni aku taip sendiri, Jadi jika ada yang aku tulis tu salah, sila maklumkan ye.
Sebelum tu korang kena tahu dalam OSHA ada berapa seksyen, regulation dan order
OSHA
Section : 67
Regulation: 8
Order : 2
Schedule : 3
FMA
Section : 59
Regulation : 13
Order : 3
Jom kita mulakan.
SEKSYEN 2 - UNDANG-UNDANG YANG MENGATASI
Jika ada percanggahan atau tak konsisten, OSHA hendaklah dirujuk kerana ia mengatasi undang-undang lain.
Ada 3 contoh seksyen yang guna seksyen 2 ni,
a) Pengawasan perubatan (Medical surveillance)
OSHA- kena buat 1x setahun
FMA - kena buat setiap 2 tahun
b) Penubuhan Jawatankuasa Keselamatan Kesihatan (SHC)
OSHA - bila jumlah pekerja 40 orang dan lebih
FMA - bila jumlah pekerja 50 orang dan lebih
c) PEMAKLUMAN KEMALANGAN (NADOPOD)
OSHA - majikan kena maklumkan sebarang kemalangan yang berlaku atau MUNGKIN berlaku di tempat kerja
FMA - majikan perlu maklumkan jika kemalangan itu menyebabkan pekerja itu tidak hadir bekerja lebih dari 4 hari.
SEKSYEN 3 - MAKSUD SETAKAT YANG PRAKTIK
Maksud 'practicable' dengan mengambil kira:
a) Keterukan (Severity) risiko yang terlibat
b) Info mengenai risiko & cara nak hapus/kurangkan risiko
c) Keberkesanan cara untuk hapus/kurangkan risiko tu
d) Kos untuk hapus/kurangkan risiko tu.
Nak mudah, aku ingat macam ni, severity - info & cara hapus - effectiveness utk hapus - cost utk hapus.
SEKSYEN 4 - OBJEKTIF OSHA
p/s: ni part paling super duper pentingg weh, kena lekat kat dalam kepala otak korang tu.
a) Untuk PASTIKAN SHW pekerja ditempat kerja
b) Untuk LINDUNG orang di tempat kerja selain orang yang bekerja di tempat kerja. Pergh macam pening je nak faham. sebenarnya dia nak kabo LINDUNGI ORANG LUAR DI TEMPAT KERJA. tu je.
c) Menggalakkan persekitaran kerja yang sesuai dengan fisiologi dan psikologi.
d) Adakan OSHL (perundangan) utk kekalkan atau baiki standard SH.
SEKSYEN 15 - TANGGUNGJAWAB MAJIKAN
kalau korang rujuk buku OSHA ni, setiap poin ada tulis as far as practicable - ni aku akronimkan sebagai AFAP. Yang kedua adalah safe without risk to health, akronimnya SWORTH.
AFAP - as far as practicable
SWORTH - safe without risk to health
15(1) Majikan memastikan SHW setakat yang praktik (AFAP)
a) Selenggara loji & sistem kerja, AFAP dan SWORTH.
b) Membuat perkiraan SH berkaitan penggunaan, pengangkutan, penyusunan, dan pengkendalian untuk loji dan bahan.
c) Mengadakan penyeliaan, maklumat, latihan dan siasatan SITI (supervision, information, training, inspection).
d) Adakan dan selenggara akses keluar masuk di tempat kerja.
e) Selenggara persekitaran tempat kerja.
Untuk poin B tu, aku buat akronim untuk ingat 4 perkara tu iaitu GAKS - guna- angkut-kendali-susun.dari akronim tu korang tambahlah sendiri imbuan pen___ an.
Point a, d, & e tu sama iaitu selenggara _______. So, korang boleh set dalam kepala ada 3 benda yg kena selenggara loji& sistem kerja, akses keluar masuk dan persekitaran tempat kerja. Faham tak? Kalau tak faham abaikan je ayat ni k.
SEKSYEN 16 - KEWAJIPAN UNTUK BENTUK OSH POLICY
Setiap majikan dan orang yang bekerja sendiri perlu menyediakan pernyataan dasar bertulis (Written statement) tentang SH.
Polisi tersebut perlu dikaji semula sekerap mungkin dari segi perkiraan langkah yang dibuat untuk menjalanakan polisi tersebut.
Dalam seksyen 16 ni ada pengecualian ya. Boleh rujuk dasar pengecualian am, m/s 55
2. Pengecualian
Seksyen 16 perlu dilakkan oleh semua majikan KECUALI yang ada KURANG DARIPADA 5 PEKERJA.
SEKSYEN 17 - KEWAJIPAN AM MAJIKAN & ORANG YG BEKERJA SENDIRI KEPADA ORANG-ORANG SELAIN PEKERJA MEREKA
Senang cerita, tanggungjawab majikan kepada orang luar
17 (1) Majikan wajib memastikan orang luar (selain pekerjanya) tidak terdedah dengan risiko SH.
17(2) Majikan wajib beritahu orang luar mengenai maklumat tentang SH perusahannya.
SEKSYEN 18 - KEWAJIPAN PENGHUNI TEMPAT KERJA (OCCUPIER) TERHADAP ORANG LAIN SELAIN PEKERJANYA.
Senang cerita, tanggungjawab occupier terhadap org luar.
18(1) Occupier boleh guna loji & bahan untuk kegunaan, AFAP untuk pastikan SWORTH(maksud sila rujuk atas).
18(2) Seseorang yang ada kontrak wajib:
a) Selenggara dan baiki tempat kerja
b) Pencegahan SH yang mungkin timbul dari mana2 penggunaan loji & bahan. (prevention of risk)
SEKSYEN 19 - PENALTI UNTUK SEKSYEN 15, 16, 17, 18.
Denda - RM50,000
Penjara - tak lebih dari 2 tahun.
SEKSYEN 20 - TANGGUNGJAWAB AM PEREKA BENTUK, PENGILANG PEMBEKAL
tips nak ingat 3 pe-pe kat atas tu, aku buat akronim DE-MA-S or DEMAS.
DE-designer, MA- manufacturer, dan S- supplier.
20(1) Tanggungjawab DEMAS untuk :
(a) Pastikan loji yg direka bentuk SWORTH bila diguna.
(b) Buat ujian/pemeriksaaan utk penuhi 20 (1)(a)
(c) Adakan maklumat bagi menjamin ianya SWORTH
20(2) Menjalankan penyelidikan untuk kenalpasti cara hapus/kurangkan risiko SH yg mungkin ada pada rekabentuk loji.
20(3) Memastikan loji yang dibina dan dipasang tidak berbahaya dan SWORTH.
Seksyen 20 - pasal loji
Seksyen 21 - pasal bahan, isi sama je dengan seksyen 20, just tukar je loji kat seksyen 20 tu kepada bahan maka jadilah seksyen 21.
SEKSYEN 24 - TANGGUNGJAWAB AM PEKERJA (TAP)
kata kunci untuk ingat poin penting : PKPP - perhatian, kerjasama, PPE, patuhi polisi
24 (1) Menjadi tanggungjawab pekerja semasa bekerja untuk :
(a) : Beri perhatian tentang S&H diri
sendiri & orang lain yang mungkin terkesan akibat kerja yang dilakukannya
(b) : Beri kerjasama dengan majikan dalam
pematuhan peraturan & akta S&H.
(c) : Pakai PPE yang disediakan oleh majikan
dalam usaha mencegah risiko S&H.
(d) : Patuhi arahan tentang S&H yang
dinyatakan oleh majikan atau orang lain.
SEKSYEN 25 - KEWAJIPAN UNTUK TIDAK SALAH GUNA BENDA YANG ADA
Seseorang yang dengan SENGAJA, CUAI dan MELULU (SMC) menganggu atau merosakkan apa yang ada untuk SHW akan didenda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya.
SEKSYEN 26- KEWAJIPAN UNTUK TIDAK KENAKAN CAS KAT PEKERJA ATAS APA2 BENDA YANG DISEDIAKAN UNTUK SHW
Tiada majikan boleh melevi pekerja atas peralatan yang disediakan untuk SHW.
SEKSYEN 27 - LARANGAN DISKRIMINASI TERHADAP PEKERJA
Majikan tidak boleh memecat atau menurunkan jawatan mana-mana pekerjanya yang:
a) Membuat aduan mengenai perkara yang dianggapnya tidak selamat/risiko
b) Anggota SHC yang ditubuhkan mengikut akta
c) Menjalankan tugas sebagai SHC
d) Tiada kesatuan sekerja boleh ambil apa2 tindakan kearas mana2 pekerja.
SEKSYEN 28- PENGAWASAN PERUBATAN
Jika mana-mana industri didapati:
a) kes penyakit terjadi disebabkan kerja
b) Perubahan dalam mana-mana proses kerja yang mungkin membawa risiko kesihatan
c) Pekerja yg berumur kurang 16 tahun diambil kerja yg boleh sebabkan risiko kecederaan
d) Mungkin ada risiko kecederaan kpd orang yg diambil kerja dalam jadual 3
JADUAL 3 (SCHEDULE 3)
Pekerjaan yang melibatkan risiko kepada kesihatan
1. Mana-mana pekerjaan yang melibatkan penggunaan atau pendedahan kepada 'dust, fumes, asbestos, taw cotton dust, lead, mercury, arsenic, phosphorus, carbon bisulphide, benzene, organic-phosphate, nitrous fumes, cadmium, beryllium, or pesticides.
2. Mana-mana pekerjaan yang melibatkan penggunaan atau pendedahan kepada tar, pitch, butimen, mineral oil termasuklah araffin, chromate acid, chromate or bichromate of ammonium, potassium, zinc atau sodium.
3. Mana-mana pekerjaan yang melibatkan pendedahan kepada X-ray, ionizing particles, radium atau mana-mana bahan radioaktif atau bahan lain melibatkan tenaga radian.
4. Mana-mana pekerjaan atau proses yang dijalankan dalam udara yang termampat (compressed air).
SEKSYEN 29 - SAFETY HEALTH OFFICER
1) Terpakai bagi kelas industri yang telah ditentukan
Boleh rujuk SHO Order 1997, m/s 139, seksyen 3) Kelas industri yg memerlukan melantik SHO
a) Operasi binaan kos lebih RM20juta
b) Construction kos lebih RM20 juta
c) Pembuatan kapal pada masa puncak lebih 100 orang.
d) Aktiviti pemprosesas gas atau petrochemical industri lebih 100 pekerja.
e) Industri kimia lebih 100 pekerja
f) Aktiviti pembuatan boiler dan pressure vessel lebih 100 pekerja
g)Industri besi(metal) yang ada can/stam/blank/shear/bend operasi dan lebih 100 pekerja
h) Industri kayu yang ada potong/gergaji/planning/moulding/sandling/peeling lebih 100 pekerja
i) Aktiviti pembuatan simen lebih 100 pekerja
j) Aktiviti pembuatan lain selain f-i yang lebih 500 pekerja.
2) SHO adalah orang yang kompeten
3) SHO diambil kerja semata-mata untuk menjamin pematuhan akta dan peraturan SH yang dibuat
4) SHO ada kelayakan atau latihan yang telah dibuat\
SEKSYEN 30 - PENUBUHAN SAFETY HEALTH COMMITTEE (SHC)
1) SHC perlu ditubuhkan bila:
a) Bilangan pekerja >40 orang
b) Atas arahan ketua pengarah DOSH
2) Pemilihan SHC adalah seperti yang ditetapkan
3) Majikan & SHC bekerjasama untuk membuat perkiraan tentang SH dan ukur keberkesanan.
4) Denda - tak lebih RM5,000
Penjara - tak lebih 6 bulan
atau keda-duanya
SHC regulation 1996.
Antara point penting:
5) (1)SHC perlu terdiri daripada chairman, secretary(biasanya SHO), wakil majikan dan wakil pekerja.
5(2) Klau ada <100 pekerja, tak boleh kurang dari 2 wakil majikan dan SHC. kalau >100 pekerja, tak boleh kurang dari 4 wakil majikan dan SHC.
10. SHC boleh remove member kalau jika:
a) tak hadir meeting 3x berturut-turut
b) Disahkan unsound mind
c) Bankrup
d) Dah tak kerja
e) Disabitkan salah sama ada: i) froud, dishonesty ii) offence under OSH iii) other criminal offence
f) Tak mampu (incapable) utk menjalankan tugas as SHC>.
SEKSYEN 31 - FUNGSI SHC
a) Review tindakan yang diambil untuk pastikan SH pekerja di tempat kerja
b) Siasat apa2 perkara ditempat kerja yg i) pekerja tu rasa tak selamat dan risiko
c) Selesaikan masalah di B, jika tak boleh selesaikan, panggil DOSH utk siasat
d) Fungsi-fungsi lain (rujuk SHC Order1996), iaitu ada sentuh pasal 12) Siasatan di tempat kerja 13) Penyiasatan accident 14) Aksi yg perlu dibuat keatas report dan cadangan komiti. 16) siasatan aduan 17) penyelesaian aduan 18) bantuan dalam mana2 event/agihan pasal SH.
Lain-lain point penting dalam SHC Order 1996,
21) kekerapan meeting - Sekali dalam 3 bulan or 3 bulan sekali
24) Korum meeting - tak kurang separuh daripada members
27) Minute meeting - kena bgi kat stiap SHC member dalam masa 2 minggu selepas meeting.
32) Penalti - Denda : < RM5,000 atau Penjara < 6 bulan atau kedua-duanya
3 Comments
salam..terima kasih atas tips2 berguna yg cik kongsikan kat sini.sgt berguna ilmunya,sekarang saya rasa lebih yakin utk ambik exam sho lepas ni.
ReplyDeleteHi miera , boleh saya tahu bagi soalan esei..adakah ditulis panjang atau sekadar point tanpa huraian
ReplyDeleteBetter tulis point penting dan bawahnya huraian utk support point tersebut. Sekurang-kurangnya huraian dpt support markah if point penting tak tepat.
DeleteThank you for your comment ^_^