Baca sampai habis untuk dapatkan soalan 'past year' exam SHO.
Alhamdulillah 5-6 April 2021 yang lalu aku telah selamat menduduki peperiksaan kertas 1,2 dan 3 Safety Health Officer.
Persediaan yang aku lakukan untuk menghadapi peperiksaan ini adalah 30 hari a.k.a satu bulan. Tapi takde lah setiap hari aku study sebab aku ada kelas mengajar dan sebagainya.
Hari terakhir aku tamat kelas SHO pada 3 Mac 2021 secara online. Lepas tu memang aku pulun study sebab belum kerja lagi. Banyak wei nak kena study untuk 3 kertas ni sebab kena study semua modul.
Aku bukanlah seorang yang pantas menghafal almaklumlah umur dah senja remaja.
Tambah plak aku takde pengalaman kerja in safety lagi, jadi sudah tentu aku tak familiar sangat dengan apa2 terms safety. So nak baca semua pun nanti mesti masuk telinga kiri keluar telinga kanan..
Jadi ape yang aku buat? Mungkin yang takde pengalaman kerja in safety boleh contohi aku setakat yang praktik.
Ni aku nak kongsikan,
Masa kelas haritu, cikgu aku ada sebut seksyen-seksyen yang penting dalam OSHA so aku memang take note dan baca yang tu je untuk modul 2, yang lain-lain tu aku study based on latihan yang aku buat. Aku rasa yang dah ada experience in safety mesti familiar dan hafal kebanyakan seksyen penting ni. Betul kan?
Baca disini >> SEKSYEN PENTING DALAM OSHA UNTUK KERTAS 1
Link atas yang aku bagi tu, korang boleh baca dari situ je sebab aku dah mudahkan ayat dia. Yes study seksyen yang tu je pun dah cukup untuk exam ni.
Oh ye, aku ambil exam ni di NIOSH Bangi. Sebelah Petronas tu. Cara nak daftar aku kongsikan nanti ye.
Ok, sebelum aku bagi tips. Aku nak cerita sikit pasal format exam. penting tau ni supaya takdelah korang terkejut nanti kalau cikgu tak bagitahu.
Ada sesetengah cikgu, dorang expect korang ambil tahu sendiri sebab korang kan dah besar kan, ada yang dah beranak pinak ape semua takkan semua nak kena suap. Tapi takpe aku tolong suap sebab aku bukan cikgu korang.
KERTAS 1 | 9AM-12PM
Hari ISNIN.
Topik yang masuk adalah MODUL 1 DAN MODUL 2.
Yuran : RM250
Ada 2 seksyen:
SEKSYEN 1 | BAHAGIAN 1 | 30 MINIT | 20 MARKAH
Jenis soalan: Objektif/MCQ - jawab semua soalan.
Bilangan soalan: 20
SEKSYEN 1| BAHAGIAN 2 | 30 MINIT | 20 MARKAH
Jenis soalan : Short answer - jawab semua soalan.
Bilangan soalan: 10
SEKSYEN 2 | ESSAY | 2 JAM | 60 MARKAH
Soalan 1 dan 2 wajib jawab. Soalan 3-6, JANGAN jawab semua. Pilih 2 je. contoh soalan 3 dan 4.
Nanti kalian akan dapat 4 buku jawapan, 1 SOALAN 1 BUKU.
KERTAS 2 | 9AM - 12PM
Hari SELASA.
Topik yang masuk adalah MODUL 3 DAN MODUL 4.
Yuran : RM250
Ada 2 seksyen,seksyen 1 ada 2 bahagian. seksyen 2 ada 1 bahagian. Jangan pening. Ni aku terangkan.
SEKSYEN 1 | BAHAGIAN 1 | 30 MINIT | 20 MARKAH
Jenis soalan: Objektif/MCQ - jawab semua soalan.
Bilangan soalan: 20
SEKSYEN 1 | BAHAGIAN 2 | 30 MINIT | 20 MARKAH
Jenis soalan : Short answer - jawab semua soalan.
Bilangan soalan: 10
SEKSYEN 2 | ESSAY | 2 JAM | 60 MARKAH
Soalan 1 dan 2 wajib jawab. Soalan 3-6, JANGAN jawab semua. Pilih 2 je. contoh soalan 3 dan 4.
Nanti kalian akan dapat 4 buku jawapan, 1 SOALAN 1 BUKU.
INFO TAMBAHAN:
Seksyen 1 ada 2 bahagian kan, 1 bahagian tu 30 minit, dorang kira masa ya.
First mereka akan bagi set soalan untuk bahagian 1, korang kena jawab dalam masa 30 minit. Tamat je masa, mereka akan kutip soalan bahagian 1 dan baru edarkan soalan bahagian 2.
Bukan macam kat sekolah iaitu edar semua soalan dulu then dalam masa sejam boleh spend masa jawab dua2 bahagian. Faham ke ni? Risau plak. Tak faham takpe nanti masa exam fahamlah.
KERTAS 3 | SKILL STATION | 60 MINIT
Waktu: petang selasa Jam 2.30pm-3.30pm iaitu selepas kertas 2
Format terbaru untuk kertas 3 ni ialah korang akan duduk dalam dewan sama macam kertas 1 dan 2. Dorang akan pasang slide untuk setiap soalan dan korang kena jawab lah ikut masa yang ditetapkan.
Untuk soalan SDS, nanti akan diberi SDS sebelum exam. dan akan dikutip sejurus selesai soalan pasal SDS.
Buku OSHA dan FMA korang kena BAWA SENDIRI tau. Tak disediakan. Nasiblah klau korang terlupa.
Masa aku haritu, guna buku OSHA je, buku FMA tak pakai.
TIPS: kalau rasa diri tu rabun tapi degil tak nak pakai spec. SILA DUDUK DEPAN. Jangan gatal nak duduk belakang ke tepi sekali ke sebab nanti naya kat diri korang juga nak tengok slide tak nampak. Lepas tu sibuk nak panggil orang yang jaga exam tu untuk terangkan, tu tahan lagi, ni ada yang tanya kawan sebelah. Menggangu tau.
BEZA KERTAS 1 DAN KERTAS 2 EXAM SHO?
Beza antara kertas 1 dan kertas 2 ni adalah MODUL. kertas 1 soalannya pasal modul 1 dan 2, Kertas 2 plak pasal modul 3 dan 4.
APA DIA MODUL 1,2,3,4 ni?
Kalau korang dah ambil kursus ni korang tahu la maksud modul ni.
NAK AMBIL EXAM PAPER 1, 2 DAN 3 SEKALI GUS KE ATAU ASING-ASING?
Ikut korang je sebenarnya. Ambil sekali gus lagi bagus sebab paper 1, modul 1 dan 2. paper 2, modul 3 dan 4. paper 3, modul 1,2,3,4.
Tapi letsay nak ambil asing, ameklah paper 1 dulu. Then paper 2 dan 3 tu sekali. Pun boleh.
TAKDE BACKGROUND BELAJAR SAFETY DAN KERJA SAFETY BOLEH LULUS KE EXAM SHO NI?
Ni antara soalan feveret orang kat aku sebab aku pon sama macam soalan diatas. Fyi, background aku Biotechnology, takde belajar safety pun masa degree dulu. Ada la cuit pasal environmental law sikit-sikit. alhamdulillah aku lulus jugak paper 2 dan 3. Paper 1 je kecundang sebab terkejut tengok soalan. Ala macam korang belajar bawa kereta amek test JPJ la, takde pengalaman bawa kereta stil boleh lulus kan sebab korang dah belajar? ha cenggitulaa analoginya.
TIPS STUDY EXAM SHO
Ni tips aku study untuk exam dulu. Tips ni daripada cikgu aku. AKu cuma kongsikan semula je.
1. TERRER SEKURANGNYA 2 MODUL
Korang kena ada target nak terer bahagian mana. Contoh antara modul 1 dan 2,korang mesti terer salah satu daripada modul ni. Sebab tu akan membantu korang untuk dapat minimum 50 markah.
2. JANGAN STUDY SEMUA
Banyak giler wei nak study semua, iye aku tahu korang nak lulus exam ni tapi tak perlu study semua. Ikut step 1.
3. STUDY SOALAN PAST YEAR
Solusi kepada jangan study semua tadi ialah study soalan past year sebab soalan dia berulang je. Ni based on pengalaman aku ambil exam dulu la.
4. BACA BENDA-BENDA YANG CIKGU SELALU ULANG MASA KELAS
Lagi-lagi kalau cikgu tu adalah penanda kertas exam, memang dia akan secara tak langsung akan kongsikan tips-tips. Jadi, masa tu lah korang catit semua tips tu. Itu pentingnya fokus masa kelas. hehe.
Rasanya tu je. Kalau ada nak tambah, dipersilakan.
SOALAN PAST YEAR EXAM SHO
Ok, ni memang ramai yang pm aku nak soalan ni. Sejak Jan 2022 sampai May 2022, memang ramai dah PM aku nak soalan ni. Yer tahu boleh je bagi link kat sini tapi aku tak nak korang rasa hidup ni terlalu mudah, maka aku harapkan sedikit effort dari anda untuk dapatkan sesuatu berharga. Aci tak?
Aku pon dulu macam korang jugak, tercari-cari soalan past year exam SHO sebab takde member keje safety. Kalau ada pun takkanlah tetiba nak mesej dia. Rasa cam... tiberr...
So korang beruntunglah sebab ada seorang blogger yang rajin tulis pasal ni. hehe.
Cara nak dapatkan soalan past year exam SHO ni mudah je,
1) Pergi ke FB page aku iaitu mierayusofdotcom. Support la like sikit bagi aku lagi semangat nak menulis. Ok ni gurau je. Boleh skip je step ni.
p/s: Jemput follow instagram aku : @ehmiray.
2) Message la aku kat fb page tu. Ok ? Aku akan balas 1-3 hari. Tapi kalau ada rezeki anda, aku balas terus hari sama.
Senang je kan. Nanti lepas jawab exam tu, kongsi la soalan mana keluar daripada apa yang korang study atau tak sama langsung. Boleh aku kongsikan dengan kawan-kaw an yang lain.
Kalau korang ada nak share pengalaman kerja atau apa-apa related in safety kan. Roger je aku.
Maceh baca.
GOODLUCK FOR YOUR EXAMINATION!
DO THE BEST! I KNOW YOU CAN DO IT!
7 Comments
Hi cik,kalau masih ada simpan lagi,n tak keberatan,boleh tak share dgn saya paper soalan2 exam past year?
ReplyDeletesaya perlukan utk study sbb tgh prepare for exam tak lama lg.
ini email saya ya: jamesmathew.logers@gmail.com
Terima kasih.
boleh pm saya di fb page kalau nak soalan tu ye.
DeleteApa nama fb kak?
Deletesalam miera, boleh tanya apa nama fb? nk tau soalan2 exam
DeleteBoleh pm saya di fb page https://www.facebook.com/mierayusofdotcom
Deletemntap mekasih
ReplyDeleteSalam cik miera boleh tak kalau tak keberatan share soalan2 past sem utk osha utk saya buat latihan
ReplyDeleteThank you for your comment ^_^