19 kelas pada bulan April

Assalamualaikum semua.

Hari ni 1 Mei, jadi akan keluar kat profil jumlah kelas yang aku dah ajar pada bulan April.

Total kelas adalah 19 kelas.

Agak sikit berbanding bulan-bulan lalu tetapi tidaklah terlalu sedikit jika dibandingkan dengan masa yang aku ada untuk kelas.

Bulan 4 ni, aku cuma buat kelas waktu malam je. So, mungkin hanya student yang available waktu malam je lah yang akan booked kelas dengan aku.

So far kebanyakan pelajar aku adalah wanita. Boleh kata 80% adalah wanita, selebihnya lelaki. Aku rasa faktor keselesaan juga mainkan peranan masa kelas. Yelah, kalau sama jantina, kita rasa lebih selesa. Kalau lain jantina ni, kalau aku la, kadang2 rasa malu. Entah apa2.

So far pelajar aku semua ok, ada je yang kadang minta postpone kelas lah ape lah, takpe aku faham je sebab aku pon kadang-kadang ada masalah jugak.

Target aku bulan 5 ni, kalau aku tak dapat kerja 'tetap' lagi, aku nak buat 30 kelas. Aku target 30 kelas je setiap  bulan sekarang, lagi banyak lagi masyukk. hehe.

Yuran pun aku dah naikkan sikit tapi masih wallet friendly untuk ambil. Sejam USD10.90. Cikgu lain ada yang USD20-25 ye untuk sejam. Tapi kat sini aku rasa harga bukanlah masalah sangat, yang mana bajet ciput, bolehlah belajar dengan aku. Kalau orang kaya, bolehlah belajar dengan cikgu yang caj mahal. Mungkin kualiti mereka lebih baik daripada aku yang bawang ni.

OK lah, itu je. Sekian bebelan saya pada 1 Mei ini.

Selamat hari pekerja! 

Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement