Anda ingin menyambung pelajaran dalam bidang Bioteknologi?
Untuk yang tak berapa familiar dengan Bioteknologi ni,
Berdasarkan namanya BIO + TEKNOLOGI = BIOLOGI + TEKNOLOGI.
Ia adalah bidang biologi yang luas, yang melibatkan penggunaan benda hidup seperti bakteria, virus, cell dan teknologi.
Contoh terkini adalah VAKSIN! Untuk menghasilkan vaksin, memerlukan dua benda penting iaitu BIOLOGI dan TEKNOLOGI. Saintis buat ujikaji mestilah gunakan instrumen(baca:teknologi) terkini. Instrumen tersebut adalah salah satu teknologi. Dan subjek produk tersebut dihasilkan daripada 'benda hidup' iaitu biologi. p/s: ini bahasa mudahnya sahaja.
Sebenarnya banyak lagi contoh lain, Bioteknologi ni terlalu luas bidangnya tau, malah setanding dengan Engineering. Apa-apa teknologi yang ada digunakan benda hidup dalam tu, maka ia dipanggil BIOTEKNOLOGI.
Jadi, peluang kerja ni sudah tentulah luas sampai kadang-kadang kita tak sedar yang kita boleh kerja dalam bahagian tersebut. Ini kerana nama jawatan tersebut tidak ada perkataan 'biotechnology'.
Seperti pekerjaan engineering contohnya, kalau bidang electrical, nama pekerjaannnya dipanggil electrical engineering. Tetapi dalam bidang biotechnology, jika pekerjaan microbiologist, nama pekerjaannya bukanlah microbiology biotechnology.
Ada yang cakap, oh belajar bioteknologi maksudnya nanti kerja kat lab lah ye? Takde kerja lain?
Anda 100% salah ya. Bidang kerja bukan sekadar kerja di makmal je tau tetapi lebih luas. Kerja di makmal tu maksudnya industri diagnostic & analytical service dan RnD.
Sebelum terlupa,bioteknologi dan pharmaceutical sangat berkait ya, maksudnya anda juga boleh bekerja di syarikat pharmaceutical seperti Johnson&Johnson, MSD, Bayer, Abbot etc.
Seperti yang dikatakan tadi, graduan bioteknologi ini sangat bertuah kerana ada banyak industri yang mereka boleh ceburi, bukan sekadar industri Research and Development (RnD), antara industri lain ialah:
- Pharmaceutical
-Clinical research
- Cosmetic
- Industrial biotech
- Neutraceutical
- Veterinary
- Cosmetic
- Industrial biotech
- Neutraceutical
- Veterinary
-Medical technology
- Diagnostic & Analytical service
- Drugs and delivery
- Genomics
- Therapeutics
-Digital Health
- Consulting
- Consulting
-Education
- Project management
-Sales -berkaitan biotech instrument atau servis
- Lain-lain
Jadi, sebelum anda memilih jenis pekerjaan dibawah, anda perlu pilih dahulu industri di atas yang manakah anda ingin memulakan kerjaya?
Contohnya, jika ingin kerja dalam bidang RnD, maka anda akan menuju untuk menjadi seorang saintis, anda boleh mulakan kerjaya sebagai junior scientist atau lab assistant. begitulah ceritanya.
Dengan adanya BACHELOR OF BIOTECHNOLOGY ni, anda boleh bekerja sebagai:
p/s: jobscope sila google ya.
1) MEDICAL LABORATORY SCIENTIST/TECHNOLOGIST (MLT)
Industri: Diagnostic & Analytical service
MLT ni tempat kerjanya di makmal diagnostic seperti di Gribbles, Pathlab, Chemlab, Gnosis, BP healthcare, hospital-hospital dan sebagainya.
2) LAB ASSISTANT (JUNIOR SCIENTIST)
Industri: Research and Development Yang ni jika kalian suka kerja di lab, bidangnya sama seperti MLT tadi. Cuma bezanya kerja di universiti atau research center sebab anda bantu researcher dalam experiment/research mereka.
3) SALES AND MARKETING
Industri: Medical technology
Ya, graduan bioteknologi juga boleh masuk bidang sales ni tapi bukan sales macam kat mall, atau pasaraya. Tetapi sales bidang pharmaceutical atau biotechnologi seperti syarikat yang supply instrument atau produk ke medical diagnostic lab dan universiti. Biasanya mereka perlukan someone yang background sains.
4) QUALITY CONTROL
Industri: Manufacturing
Yang ni korang boleh jadi QAQC, cek kualiti makanan ape semua.
5) LECTURER
Yang ni kalau korang ada minat yang mendalam untuk sambung belajar sehingga PhD dan ada minat untuk mengajar.
6) BIOMEDICAL ENGINEER
Professional yang mencipta solusi untuk meningkatkan penjagaan kesihatan pesakit seperti peralatan biomedikal, peranti dan perisian perubatan (medical software). Yang ni korang kena ambil Degree in Biotechnology Engineering ya.
7) BIOCHEMIST
Penyelidik yang mengkaji kesan ubat-ubatan, hormon dan nutrien pada tubuh manusia.
8) MEDICAL SCIENTIST
Penyelidik yang menyiasat penyakit dan kaedah pencegahan, dan juga menyeragamkan potensi ubat dan kaedah pembuatan dalam skala besar seperti insulin dan vaksin.
9) MICROBIOLOGIST
Professional yang mengkaji virus, bakteria dan sistem imun.
10) PROCESS DEVELOPMENT SCIENTIST
Orang yang mengawasi proses pembuatan di makmal organisasi.
11) BIOMANUFACTURING SPECIALIST
Saintist yang menggunakan alat dan kaedah untuk menjamin bahawa produk memenuhi syarat ketat, keselamatan dan kualiti untuk proses pembuatan produk berasaskan biologi.
12) BUSINESS DEVELOPMENT MANAGERS
Professional yang membantu syarikat bioteknologi menghasilkan dan melaksanakan pertumbuhan dan strategi pelaburan.
13) PRODUCT SPECIALIST
Macam promoter lah tapi jual barang-barang medical technologi.
Jika ada nama pekerjaan lain, aku akan update ye.
14) REGULATORY AFFAIRS
Disyarikat biotech atau farmaceutical
15) BIOLOGICAL TECHNICIAN
16) LABORATORY TECHNICIAN
Yang ni kalau lab berkaitan environmental.
Sumber: Bioeconomie, Biotechgate
1 Comments
Boleh ke nak jadi ahli farmasi kalau ambik degree biotech?
ReplyDeleteThank you for your comment ^_^