CARA DAFTAR JADI GURU DI ITALKI.COM

Assalamualaikum semua.

Hari ni aku nak kongsikan satu platform untuk korang buat duit dengan cara mengajar di platform Italki.com.

APA ITALKI.COM?

Sebuah platform atas talian untuk kalian belajar dan mengajar bahasa dari seluruh dunia.

Untuk menjadi pelajar, korang kena kesini>> KLIK SINI

Teringin nak jadi cikgu di Italki? Nak mengajar bahasa apa? Kalau korang orang melayu, ajarlah bahasa melayu. Kalau pandai English, kat uni dan sekolah skor A je sokmo, bolehlah ajar English.

Nak mengajar mesti ada 'panduan' atau bahan mengajar. Dah ada ke bahan mengajar tu? Kalau belum ada, better sediakan yang tu dulu.

Mana nak cari? pandai-pandailah korang cari. Kena sediakan sendiri ye bahan mengajar tu. Ikutlah, nak beli buku ke, nak buat sendiri latihan utk kelas ke, nak buat powerpoint ke, nak buat video ke, ikut kreativiti kalian.

Aku sarankan kalian prepare bahan mengajar untuk 10 kelas terawal dulu. Nanti dah dapat student, sambil tu boleh sambung sediakan bahan mengajar yang lain.

Untuk jadi cikgu, korang kena daftar kat sini >> KLIK SINI 

Korang ikut je step by step dia, tak susah pun.

Cuma kat bawah ni aku nak korang sediakan siap-siap sebelum korang daftar iaitu:

1) About me
2) Me as a teacher
3) My lesson & teaching style
4) My teaching material (optional)
5) Introduction video

5 benda ni akan diletakkan kat profil korang bila dah jadi cikgu, jangan risau, boleh diedit cuma 5 benda ni wajib diberi sebelum korang boleh ke langkah seterusnya.

Lepas korang submit kesemua diatas, korang kena join taklimat untuk jadi cikgu ni. Kalian akan diberi 3 pilihan tarikh, pilih je mana-mana,  

Habis je taklimat tu, korang akan terus boleh mengajar tau. Profil guru korang akan muncul. So, let say dalam 24jam ada student booked lesson, tak ke naya ke student kalau korang tak prepare apa-apa. Melainkan korang memang dah ada pengalaman mengajar, tu aku rasa takpelah kot last minit korang nak sediakan bahan mengajar.

Kalau ada apa-apa persoalan, boleh pm atau komen je. Yang boleh tolong, aku tolong. 







Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement