KELAS PERTAMA DI ITALKI.COM

Hi, tahniah kerana anda sudah dapat tempahan kelas pertama anda.

Alamak, apa nak ajar ni, blur lah.

Rileks.

Untuk kelas pertama, jangan terburu-buru nak ajar. 

Biasanya pelajar akan menempah 'trial class' atau 30 minit kelas.

Jadi, anda ada masa 30 minit sahaja untuk tinggalkan FIRST IMPRESSION yang bagus. Teruskan membaca. 

Pertama sekali, kalian kena tahu dulu LEVEL pelajar anda ni.

Sejauh mana dia tahu bahasa melayu(contoh). Reti cakap perbualan asas je ke? reti cakap ya, tidak, terima, kasih je ke? dah reti cakap sikit-sikit tapi vocab tak banyak ke atau dah reti cakap cuma nak praktis je.

Dari situ, anda dah boleh tahu hala tuju pembelajaran.

Kalau anda terus mengajar, nanti pelajar akan rasa anda ni syok sendiri je. Contohnya anda ajar pasal nombor, pelajar tu dah mahir dah nombor. Tak ke dia rasa macam ape bende cikgu ni main ajar je, tanya la aku dulu tahu ke tak. 

Seperti yang aku katakan di atas, kelas pertama ni merupakan FIRST IMPRESSION untuk anda buktikan yang anda cikgu yang bagus, walaupun anda sebenarnya pura-pura bagus.

CARA BUAT FIRST IMPRESSION YANG BAGUS? 

1) Cipta 'keselesaan' atau 'bonding' dengan pelajar
2) Berkenalan dengan pelajar
3) Ambil tahu apa yang pelajar inginkan


PERKARA YANG BUAT PELAJAR TURN-OFF UNTUK BOOKED NEXT LESSON

1) Terburu-buru nak ajar.

2) Terburu-buru tanya bila anda nak dia booked kelas seterusnya, contohnya pertanyaan 'bila awak nak booked next class ye?'

2) Cakap pasal yuran
Jangan sesekali cakap pasal yuran/harga melainkan ditanya, sebab semua tu dah ada di profil anda.


Aku beri tips ni berdasarkan pengalaman aku sebagai cikgu dan pelajar.

Jika ada nak tambah, dialu-alukan. 


Semoga membantu! 






Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement