KERJA PART TIME LEPAS SPM UNTUK ADIK-ADIK DI SELANGOR

Hai kepada adik-adik lepasan SPM.

Dah habis SPM ni mesti berkobar-kobar rasa nak kerja, nak ada duit sendiri kan.

Tapi, nak kerja kat mana? Kerja apa yang terima budak lepas SPM?

Untuk pengetahuan adik-adik semua, sekarang ni majikan(kebanyakan) memang prefer budak lepasan SPM pun sebab mereka nak bayar gaji minimum.

Yelah, adik-adik yang baru lepas SPM ni bukan ada komitment tinggi pun berbanding abang-abang akak akak yang lepasan diploma degree.

Ok tak kisahlah semua tu.

Nak kerja tak?

Sebenarnya banyak je kerja yang adik-adik boleh minta, lagi-lagi kat mall. Kalau ada kosong, adik pun muka comel cantik hensem, tinggi peluang untuk diambil kerja.

Tapi kalau kerja kat mall, adik-adik kena komit ye kerja setiap hari. Kadang cuti sehari je seminggu. Gaji pun RM1,200-RM1,600 je sebulan. Kalau rajin cubalah bahagi 26 hari, kemudian bahagi 8 jam. Tapi biasanya kena kerja 12jam termasuk 1 jam rehat, masuk 10am-10pm. 

Kalau RM1,200 bahagi 26 hari kan, sehari RM46.15.

Kalau RM1,500 bahagi 26 hari, sehari RM57.69.

Kalau RM1,800 bahagi RM69.23 - ni pun jarang lah majikan nak bayar RM1,800. 

Ni akak nak kongsikan kerja part time tapi gaji masyukk..

1 hari RM80-100, kerja 12 jam ye, kalau 8 jam tu bahagia sangat tu. 

Yang bestnya kerja ni, dia part time, so kalau adik rasa tak larat ke, adik tak yah kerja sebab adik kan part time je, tak terikat.

Kerja apa tu kak?

Ha, kerja di Gudang! Tapi ni untuk mereka yang tinggal di Shah Alam dan sekitarnya je lah. 

Pernah dengar Shopee? Lazada? Zalora? Ninja van? Hah kerja yang akak maksudkan ialah kerja di gudang mereka ni. Mereka ni memang selalu perlukan part time tau terutama Shopee dan Ninja Van.

Dan kadang-kadang gaji boleh up sampai RM120-RM150 sehari tau, bergantung situasi dan agen mana anda berdaftar.

Jika berminat, boleh pm akak, nanti akak roger lebih lanjut.

NOTA: ni bukan scam ye, adik akak sendiri seorang lepasan SPM dan dia kerja di gudang Shopee, dia kerja masa event besar, gaji RM100 sehari, kerja 6 hari RM600. Untuk dapat RM1,200, cuma perlu kerja 12 hari berbanding kerja biasa kat mall ke kedai yang perlu kerja 26 hari.

Semoga post ni membantu. Marilah simpan duit untuk sambung belajar dan guna duit sendiri untuk berbelanja. 


Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement