post ni hanya sebagai untuk isi masa lapang aku untuk bercerita.
Alkisahnya aku ni kan baru habis belajar (ye tahu dah tua),
kemudian, macam biasalah lepas habis belajar mesti nak kerja kan.
Alkisahnya lagi, dari tahun lepas tau sebelum aku habis intern tu aku dah mula apply kerja, guess what? dari bulan 5 sampai hujung bulan 4 tahun ni, hampir satu tahun lah aku apply kerja. Satu panggilan interview pun aku tak dapat tau. Masa tu aku takde lah pelik sangat, sebab aku pon tak berapa desperate nak kerja lagi dalam bidang aku.
Nak dijadikan cerita, kawan mak aku ni, dia consultant lah pasal resume ape semua ni. Dan dia offer lah untuk tengok resume aku dan betulkan jika ada part yang tak betul. Aku pon bagilah resume aku kat dia. Guess what? Resume aku memang tunggang langgang rupanya. Aku je tak sedar.
Memang banyaklah yang aku perlu betulkan dan semua teguran tu aku terima dengan berlapang dada. Bermula dengan 'major amendmend' sehinggalah minor correction. Hampir setiap hari aku cek resume aku, ape benda lagi nak touchup.
Bermula dari situ, aku mula apply semula kerja yang aku pernah apply tahun lepas. Oh ye, lupa nak cakap, tahun lepas yang aku apply kerja tu, aku apply tanpa ada kekosongan, mungkin tu faktor kedua aku tak dipanggil.
Kan awal bulan 4 yang lalu, aku ambil exam SHO. Jadi, lepas habis je kertas 3. Aku memang aktif lah cari kerja.
So ada 3 cabang career lah yang aku target iaitu:
1) HSSE, HSE related
2) Laboratory related
3) Biotech-Sales related
So, jika ada je kosong dalam mana-mana bidang ni, memang aku apply.
Bermula 26 April haritu, aku dapat panggilan interview yang pertama dari syarikat A yang aku idamkan untuk internsip. Yang ni cabang kerja no 2.
28 April aku pergi face to face interview Balik je dari interview tu, aku dapat pula panggilan untuk virtual interview, dari syarikat B yang HQ di German. Yang ni cabang kerja no 3.
Pada 4 May, hari aku virtual interview dengan syarikat B pada jam 11.30am. Habis je interview tu, sejam kemudian aku dapat mesej untuk attend offline interview pada 6 Mei dengan syarikat C yang terletak di Subang Jaya dan cabang career no 2.
Pada 6 Mei, aku ke pejabat syarikat C untuk interview pada jam 2.30pm. Balik je dari interview tu, aku dapat panggilan telefon dan rupanya ianya phone interview untuk syarikat D yang HQ terletak di US. Ni cabang kerja no 3.
Keesokan harinya, 7 Mei, aku dapat panggilan lagi untuk hadir ke interview di Glenmarie untuk cabang kerja no 2.
Alhamdulillah walaupun sekadar interview, dan aku rasa sangat nipis peluang untuk aku dapat kerja tu sebab saingan agak sengit juga la, tambah plak bila aku ni kurang pengalaman walaupun background science, calon lain plak semua cina weh. Entahlah aku ada rasa down sikit bila compete dengan orang cina ni, sebab aku ni speaking pun takde lah fasih sangat, skill pun so-so je.
Aku nak ucapkan terima kasih kepada sesiapa yang ada selitkan aku dalam doa dia. Mungkin korang doakan aku secara general, contohnya 'Murahkanlah rezeki kawan-kawan aku ya Allah'. Aku amat hargai.
Kalau korang perasan, lepas aku tamat interview, mesti aku dapat panggilan interview yang lain.
Oh ya, kan ada 4 syarikat iaitu A, B, C, D dan E.
So far, A dah reject aku sebab katanya mereka pilih calon lain, tapi masalahnya aku masih melihat iklan kerja untuk jawatan yang sama.
B plak, 50-50 sebab mereka masih interview calon lain.
C plak, macam ada peluang tapi tak tahulah sebab calon lain semua cina dan aku rasa macam seketul bawang je kat situ.
D plak, macam ada peluang tapi tak tahulah macamana sbb belum virtual interview lagi.
E sama macam D.
Semoga Amira dapat kerja yang dapat boost softskillsnya dan mencabar!
Tu je, sebenarnya post ni untuk diri aku baca bila aku umur 30-40 tahun nanti. At least inilah kenangan aku cari kerja lepas habis belajar.
0 Comments
Thank you for your comment ^_^