BAHAYA NIAGA DI EBAY UNTUK NEWBIE KALAU MAIN TERJAH JE.

Assalamualaikum semua.


Sebelum ni aku ada tulis pasal berbisnes di Ebay, ya aku nak kongsikan tapi bila aku tengok ramai yang nak bisnes kat Ebay macam bisness kat Shopee ni. Aku agak risau lah. 

Aku tahu korang mesti rasa macam masyukkk bhaii berbisnes guna USD ni.

Jual maggi je pun tapi untuk 10USD.

Aku rasa korang berminat nak berbisnes di Ebay ni mungkin sebab korang tengok ada hamba Allah yang duk promote betapa untungnya bisnes dalam USD ni.

Tak kurang juga hamba Allah yang duk promote ebook Ebay. Ya aku tak nafikan ebook tersebut MUNGKIN membantu korang tapi kalau korang beli tapi tak baca ebook tu harapkan orang guide, tak jalan juga. 

Oh ya, aku nak bagitahu, orang yang promote Ebook tu kaya raya sebab dorang bukan je berjaya dlm bisnes Ebay tapi dorang juga berjaya jana income dari korang korang yang beli Ebook dia. Bayangkan 1 ebook tu RM200 dan ada 10,000 orang dah beli ebook tu, dia buat duit RM200x10,000 = RM2,000,000 a.k.a 2 JUTA wei, modal 0. Masyuk ke masyuk? Ni contohla ye. 
DISCLAIMER: Aku tak mention mana-mana seller ebook ebay, maka siapa makan cili dia terasa pedas. 

Meanwhile korang yang beli ni kena struggle juga lepas tu untuk explore website Ebay tu. Dalam 5,000 orang yang beli Ebook dia, suku je yang betul-betul buat duit dengan EBay. Selebihnya krik-krik je.

Aku tak halang korang beli Ebook Ebay tapi macam yang aku cakap, tak guna beli Ebook tapi tak baca. p/s: ada kemungkinan info dlm Ebook tu dah expired tapi tak tahulah dia update ke tak. hati-hatilah ye.

Jadi, cadangan aku, kalau betul korang yang nak berguru pasal Ebay ni, korang carilah yang ada buat coaching. Walaupun coaching tu telan duit korang juga, at least korang berguru dengan manusia bukan dengan buku digital(Ebook). Oh ya, kalau coaching tu RM500-900, aku sarankan korang explore je lah ebay tu weh, lagi berbaloi dan lagi banyak korang belajar.  

Niaga kat EBay ni memang best kalau kita letak harga yang tak merugikan, Tapi tak ramai tahu, kalau korang tersilap langkah. Bukan setakat korang tak dapat profit tapi korang boleh rugi wei.

Aku akui memang boleh untung banyak tapi korang tahu ke yang dah untung banyak tu, dorang dah try & error dan pernah rugi tapi dorang tak putus asa!

Nasib orang beza-beza. Kalau korang cekal, bolehlah teruskan.

Apa-apa pun, please explore dulu website ebay tu. Baca semua bahagian seller info terutama pasal charges ape semua tu.


Apa kata korang pasal Ebay ni? Komen sikit. 

Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement