Tengah cari durian crepe (DC) ke tu?
Sebelum tu,
Korang percaya tak dulu masa aku belajar kat Kuantan, aku pernah berjaya jual DC sebanyak 30 paket dalam masa sehari? Dan restok lagi 30 paket lusanya tu.
Alhamdulillah rezeki masa tu, DC belum terkenal sangat dan takde dijual secara meluas lagi so ramai la beli. hehe. Aku jual tu untuk kumpul dana program ye. Idea jual DC ni idea aku sebab aku yang cari supplier plus mengidam.
DC yang aku jual tu agak terkenal juga la kat Kuantan iaitu Durian Crepe SS. Nampak je 'SS' tu, jangan diragui, memang sedap! Tapi aku dah lama tak makan, tak tahulah mereka masih kekalkan kuantiti durian tu ke tak. Sesiapa tahu boleh bagitahu ye.
Ok, sekarang dah tiba masanya untuk aku review plak durian crepe yang sedap di Shah Alam.
Oh ya, untuk warga sekitar Shah Alam, korang boleh dapatkan juga durian crepe ni.
Apa yang lain dari lain dari untuk durian crepe ni?
GUNA ISI DURIAN D24.
Korang pun tahu kan durian D24 ni memang mahal. Jadi, korang tak boleh lah samakan harga durian crepe ni dengan durian crepe yang lain.
ISI DURIAN MENCUKUPI
Jujurnya, nak kata isi durian banyak sangat. Tidak rasanya. Tapi bagi aku memadai lah untuk saiz sebesar tu. Kalau korang jenis 'durian crepe hunter', korang mesti tahulah berapa banyak je seller letak isi durian tu, ada yang saiz DCnya besar tapi inti besar 10butir nasi je, cream je lebih.
ISI DURIAN DISITU DISINI
Biasanya isi durian diletak kat bawah je kan? Tapi yang ni isi durian ada terselit kat tengah sikit. Dah macam layer. Nice lah aku rasa.
CREAM SEDAP
Krim ni adalah bahan yang paling banyak sebenarnya dalam pembuatan DC jadi ia memainkan peranan untuk jadikan DC ni sedap atau tidak. Dan yes, krimnya sedap!
Btw mana-mana seller DC yang buat krim DC tak sedap ni, aku sarankan korang stop la jual kejap & RnD semula cara buat krim yang betul. Jangan aniaya pembeli! Hehe.
Rasanya itu je,
KAT MANA NAK BELI?
Setahu aku, DC ni boleh didapati di KK MART
Sebab aku beli haritu di KK MART SEKSYEN 16.
TAPI...
Sebelum beli tu, sila cek betul-betul ya yang DC tu dalam keadaan ok. Sebab risau jadi macam aku haritu, masa mula-mula beli tu, rupanya keadaan DC tu kurang ok.
Ia BUKAN salah seller(owner) yang buat DC tu sebab aku yakin dia buat mesti sedap dan jaga kualiti masa hantar. Yang masalahnya bila kedai tu ambil mudah! KK Mart kat rumah aku ni warga asing yang jaga, aku risau dorang pergi tutup suis peti DC tu masa kedai tutup. Ia tak mustahil ya sebab adik aku sendiri pernah cerita yang dia beli air tin dalam CHILLER, tapi air tin tu PANAS. Kau rasaaaa???
So, sebab tu aku syak kualiti durian crepe tu terjejas disebabkan oleh pekerja dia la.
Dah lah aku cerita banyak-banyak ni kalau korang tak cuba, aku nak merajuk! Malas dah nak review.
Ok takdelah gurau je.
Selamat mencuba!
0 Comments
Thank you for your comment ^_^