Pada hari Sabtu 17 Julai yang lalu, aku telah pergi cucuk vaksin Pfizer dos kedua.
Aku nak kongsikan lah pengalaman aku selepas cucuk dos kedua ni.
Sebelum ni macam-macam cerita aku dengar, ada yang cakap dos kedua ni kesannya lebih kuat berbanding dos pertama. ada yang cakap masa dos pertama tak rasa apa, dos kedua baru rasa after effect.
Apa-apa pun. Dengar boleh, percaya jangan! Sebab kesan ni bergantung diri masing-masing. Sudah tentulah tak sama.
Jadinya, apa yang berlaku kat aku ni. Tak semestinya akan berlaku kat korang juga.
Untuk tahu pengalaman aku cucuk dos pertama, boleh KLIK SINI untuk baca.
Untuk info korang, aku pergi cucuk ni pagi. Ikutkan perut aku kosong je sebelum isi ni, so aku makan biskut gula untuk alas perut. Air tak payah cakaplah, 500ml tu sekejap je habis.
Aku pergi cucuk pagi, dalam jam 8.30am macam tu. Jam 2pm, aku masuk kerja. Ya, aku tak dapat cuti khas untuk pergi vaksin sebab tempat kerja aku tu 24jam so takde cuti khas. Kalau kebetulan jadual cuti pada hari cucuk vaksin tu, rezeki masing-masinglah.
Jadinya, masa aku kerja tu. kebetulan pula kekurangan staf. So memang penat sikit lah. Alhamdulillah aku takde rasa apa pun lepas cucuk tu. Rasa biasa je dan macam takde beza sebelum dan selepas cucuk.
KECUALI
Tangan tempat cucuk tu rasa lenguh. Nak angkat tangan kanan rasa lenguh.
Tu je la yang aku rasa kesan lepas cucuk tu. Takde pening takde rasa nak demam, takde demam.
Tak tahulah tu petanda baik ke buruk. Yang pasti aku positif je lah.
Rasanya tu je. Kalau korang nak kongsi pengalaman korang cucuk vaksin, dialu-alukan.
Oh ye, lupa nak cakap, kawan-kawan aku yang lain yang cucuk dos kedua sama hari dengan aku, ada yang demam, ada yang tak larat tau.
Jika anda rasakan post ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain.
0 Comments
Thank you for your comment ^_^