Mesti first time dengar nama tongmo ni kan?
TONGMO - SOSEJ KEMBOJA
Tongmo ialah daging cincang yang diperap dengan rempah istimewa bersama lemak lembu, kemudian disumbatkan ke dalam usus lembu(yang sudah dicuci bersih).
Kalau tak silap aku, kat Turki pun ada juga jual 'Tongmo' ni tapi versi Turki lah. Namanya Kokorec.
Sama konsep, daging lembu yang disumbat dalam usus lembu. gitu..
Siapa pernah makan Tongmo dan Kokorec ni PLEASE komen sikit ape beza rasa dua ni.
Masalahnya, dulu masa aku tinggal kat Turki, tak sempat nak makan Kokorec ni sebab kat Istanbul je senang nak jumpa. Masa aku pergi Kemboja dulu pun, tak de plak nak cuba rasa Tongmo ni, tapi kat Kemboja tu logiklah kalau tak makan sebab kat sana kebanyakkannya tak halal.
Kokorec, daigng sumbat dalam usus versi Turki. |
TONGMO NI HALAL KE ?
Jika anda di Kemboja, kena hati-hati sebab kat sana MAJORITI bukan Islam, jadi penjualnya juga sudah tentu majoriti bukan Islam. Bila bukan Islam ni, dah sah-sahlah dorang tak sembelih lembu ikut syarak. Nak selamat JANGAN beli Tongmo di tepi jalan di Kemboja. Tahan nafsu semasa di Kemboja dan belilah tongmo di Malaysia.
Jika di Malaysia pula, kalau penjual tu Islam, Halal kalau lembu tersebut disembelih mengikut syarak. Betul la kan? Kalau kat Malaysia ni orang Islam yang jual, takkanlah janganlah terlalu ragu-ragu. Takkanlah dia nak jual daging lembu yang tak halal. Tapi memang ada ye orang yang semua benda dia nak was-was, kalau korang was-was, JANGAN BELI DAN JANGAN MAKAN. Setel!
Jangan juga hasut orang lain yang tongmo ni tak halal disebabkan was-was korang tu.
Part usus tu pula, ia bergantung kepada penjual tu la. Sepatutnya dia cuci bersih-bersih usus tu sebelum disumbatkan dengan daging. Kalau korang beli tongmo dan ada rasa pelik tu, aku nasihatkan tak payahlah makan lah, risau dia cuci tak bersih...
Kalau nak ikut bersih tak bersih ni kan, apa-apa makanan pun korang kena pastikan ia bersih supaya selamat untuk dimakan. Kan?
Akhir kalam, aku ada kongsikan satu gerai yang ada jual Tongmo sedap di Shah Alam, serius kalau makan, korang tak rasa trauma nak makan. Sebabnya macam ni, mak aku pernah pergi tongmo kat satu gerai ni(di Shah Alam juga), dia punya bau asap tu, pergh meloyakan sampai mak aku tak selera nak makan, lokasi kedai yang ni dirahsiakanlah, nak tahu korang kena cuba sendiri.
BACA >> TONGMO VIRAL SHAH ALAM
a anda rasakan post ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain.
0 Comments
Thank you for your comment ^_^