PENGALAMAN INTERVIEW DI GRIBBLES HQ -part 1

Hai semua.

Hari ni aku ada masa untuk cerita pengalaman aku pergi interview di Gribbles HQ di Wisma Tecna pada hujung bulan April 2021.



Post ni agak panjang berbanding pengalaman interview aku yang lain memandangkan ini interview pertama merangkap banyak benda aku nak kongsikan.

Selamat membaca!

Ni syarikat pertama yang aku dapat panggilan interview bila aku aktif mencari kerja lepas habis je exam SHO bulan 4 haritu, aku terima call hujung bulan 4.

Jawatan yang ditawarkan ialah Casual Medical Laboratory Technologist(MLT).

Mula-mula aku tak berapa faham sangat maksud casual ni, kalau kontrak tu aku faham lah.

Rupanya casual tu maksudnya macam part time la. 

Kalau nak berhenti, tak perlu notis 24 jam ke ape. Ala, macam korang kerja part time kat Shopee Warehouse ke, or volunteer PPV. Macam tu la.

So, casual ni sangat sesuai untuk orang nak kerja sementara dapat kerja lain. atau korang nak kerja masa cuti sem ke, pun boleh, yang ni Mr tu yang bagitahu, kalau aku tahu boleh macam tu, dah lama aku apply as casual staff masa mula masuk degree dulu, tapi yelah takde kabel ni susah lah sikit hihi. 


Jawatan kosong tu di department yang aku memang sangat-sangat kurang knowledge. Makudnya memang banyaklah yang kena belajar. Nama department dirahsiakan. 

Yang interview aku tu HOD. masa interview tu dia tak banyak tanya pun pasal jobscope. Sebab aku dah beritahu yang aku ni 'kosong' juga lah, dia cakap takpe boleh belajar. Fuh lega sikit hati ini masa tu. 

Dia tanya 'ada transport tak?' aku cakaplah, takde. Since that, dia macam tak berminat nak ambil aku. Sebab katanya menurut pengalaman dia, staff yang takde transport ni biasanya datang kerja lewat, macam macam alasan, takde transport lah katakan. Masa tu aku macam.. Hello Mr, ni big city kot, ada LRT, Taxi, Grab, takde transport tak bermakna akan datang lambat kerja.

Datang lambat atau awal tu bergantung kepada sikap individu tu. Kalau dah jenis datang awal, takde transport pun akan datang awal juga. Betul tak? 

Gaji untuk casual ni ikut hari, yes sama macam part time kat Shopee Warehouse. Aku tak boleh bagitahu la berapa sehari. Tapi standard lah tak tinggi sangat tak rendah sangat.

Oh ye, interviewer tu cuba offer aku position bahagian pre analytical dan position tu permanent, bukan kontrak. Tapi aku macam kurang berminat nak terima sebab untuk position tu, dorang terima je kalau ko ada SPM je as highest education. So, takkan aku nak bazirkan apa yang aku ada.

Aku pon cakaplah aku tak kisah kerja as casual staff asalkan aku dapat kerja kat dalam lab, bukan luar lab(pre analytical)

Oh ye, aku pergi interview tu hari Isnin ke Selasa macam tu. Mr tu cakap, next week dia akan beri jawapan sebab katanya kena bincang dulu dengan staff lain ke ape macam tu. Aku pon ok je lah.

Turns out seminggu lepas tu, aku mesej Mr tu nak tanya result. Dia cakap dorang dah pilih orang lain and Mr tu still offer position bahagian pre analytical which is gaji minimum je.

Aku pon tolak dengan hormatnya.  

Begitulah kisahnya.

Psstt, korang tahu tak, end up aku kerja juga di Gribbles di bahagian pre-analaytical. Kalau nak tahu, sila KLIK SINI untuk baca. 

Disclaimer: Post ini adalah untuk perkongsian pengalaman semata-mata. Jika ada salah silap penulisan yang tidak sepatutnya ditulis, sila beritahu dengan segera. Terima kasih. 


Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement