Hari ni aku nak review satu drama Korea yang tengah hot sekarang.
Mungkin anda nak baca dulu review drama ni sebelum tonton. Apa salahnya.
Sinopsis: sila google atau tunggu sis update disini.
AMARAN
Cerita ni TAK SESUAI untuk kanak-kanak bawah 17 tahun. Sebab ada part tak senonoh, lagi teruk dari cium. Aku pon tak sangka dorang masukkan part tu. Jijik weh!!!! Aku macam... yer tahu mesej yang nak disampaikan tapi tak perlu lah nak TUNJUK.
Semua unsur tak elok tu ade dalam cerita ni, aku ingatkan ia sekadar kalau kalah je kena tembak, rupanya lebih daripada tu. Paling sadis, bila kau mati, takde siapa tahu pon yang kau dah mati! Dan ada benda lagi sedih daripada tu.
bayangkan daripada 456 pemain, sorang je hidup. 455 yang lain mati.
Dalam cerita ni ada 6 permainan, yang mana hampir semua permainan ni kat negara kita pun ada, contohnya tarik tali.
Permainan yang viral kat socmed pasal drama ni ialah game pertama mereka iaitu lampu merah lampu hijau seperti dibawah:
Masa tengok cerita ni, kau akan rasa berdebar, suspens dan tak sabar nak tahu kesudahannya.
Ada plot twist sikit tapi kau akan rasa macam laaa... bukan dia ni patutnya mati ke?
REVIEW DARI AKU
1. Walaupun drama ni banyak darksidenya tapi boleh nampak je mesej yang nak disampaikan antaranya:
- orang paling kau percaya mungkin orang pertama yang khianati kau
- kau tak perlu jadi kejam kalau nak menang walaupun game tu kejam
- kita boleh nampak secara luaran orang tu hati dia baik ke tak terutama bila dengan orang tua.
- kita masih boleh menang dengan strategi yang betul walaupun hakikatnya kita lemah.
- ambil masa untuk percaya orang
-
Ada nak tambah? Silakan....
Akhir kata, aku rekemen lah untuk korang tengok kalau rasa nak tengok sesuatu yang lain daripada yang lain, filem/drama Korea semua best-best! Orang yang tak pernah tengok dan tak layan Korea je yang akan cakap tak best! Fight me!
Sekian.. terima kasih.. Nak aku review filem/drama apa?
Jika anda rasakan post ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain.
0 Comments
Thank you for your comment ^_^