REVIEW PRODUK WARDAH ACNEDERM ACNE SPOT GEL

Hai semua. 

Hari ni aku nak review pula satu rangkaian dibawah produk Wardah iaitu Acne Spot Gel. Aku beli gel ni sebab aku nak letak kat jerawat aku.

Beli produk Wardah di Wardah Official store >> KLIK SINI.

Kebelakangan ni, muka aku memang naik jerawat kus semangat kat pipi ni. Agak teruk juga la jerawat ni. Aku pulak jenis tak suka picit jerawat jadi memang lama lah jerawat tu bertapak kat pipi aku.

Rasanya nak dekat dua minggu dah.

Kebetulan haritu aku pergi Guardian, aku nampak Acne Spot Gel ni. Ape lagi, aku pon beli lah.

HARGA ACNE SPOT GEL DI GUARDIAN    

Harganya amat-amat berbaloi weh!

1 tube 15ml tu RM7.12 je.

Oh ya, aku ada beli produk lain juga, korang klik je #WARDAHREVIEW ni, nanti korang jumpa la produk Wardah yang aku dah review.

Ok sekarang masa untuk aku beri feedback lepas pakai Acne Spot Gel ni.

MY REVIEW

Masa aku tulis ni, aku baru pakai 2 hari.Setakat ni tak nampak beza lagi, tapi aku konsisten sapu setiap hari dua kali sehari iaitu selepas mandi pagi dan petang. Malam sebelum tidur aku tak sapu sebab malam aku ada pakai retinol. Aku tak berani nak sapu dua ke tiga jenis produk dalam satu masa.

Korang tahu2 jelah retinol ni macamana kan. Nanti aku review retinol plak.

Korang pernah guna tak Acne Spot Gel ni?

Apa kata anda? Ok tak? Recommended tak? berkesan tak?



 Jika anda rasakan post ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain.

Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement