Hai semua.
Mulanya aku guna kamera laptop jer tapi kualiti macam tahun 2002. Yelah laptop beli tahun 2016, kamera mana guna sangat kan.
Ada la rasa nak beli webcam tapi tak terbeli pun sebab malas
nak survey, risau terbeli yang quality kurang ok.. Tup-tup adik dah beli dulu di Shopee, jadinya tak perlulah aku
beli dah sebab bukannya 24 jam pakai kan. Pinjam je la kan. Sesama adik beradik
gitu. So terjadilah tagline 'adik yang
beli, kakak yang review.
Disebabkan aku puas hati dengan webcam ni, jadinya aku nak
review lah.
Ada 4 perkara yang aku nak kongsikan iaitu:
1. Produk Spesifikasi
2. Gambar & harga
3. Review di Shopee
4. Review dari aku
Korang baca sampai habis tau sebab panjang aku bebel kat
bawah tu...
Item type: Fill light Camera
Usage: Desktop,Laptop,PC etc.
Sensor type: CMOS
Maximum resolution: 3840×2160
Frame rate: 30FPS
Interface: USB 2.0
Need to drive: Free drive
Material: ABS
Cable length: 1.5 meters
Support system: For Windows XP2 or above, MAC, Vista, Win7/8/10 and other operating systems
Support 3D denoising, image enhancement, dynamic contrast enhancement processing function
💯Package List: 1x Webcam, 1x User Manual, 1xOptional tripod, 1xPacking box
2. GAMBAR IKLAN
HARGA
Tips jimat: Belilah masa harga murah iaitu RM79.99.
3. REVIEW DI SHOPEE
Untuk tidak bias, aku pilih komen yang beri 5 bintang
sampailah yang beri 1 bintang(yes ada). Yang komen 'delivery lambat, packaging
tak kemas, seller tak responsive' tu aku tak pilih.
5 BINTANG
Nice packaging. The image is superb. But the sensitivity of
the touch light is below average. Sometimes it detects your touch, sometimes
not. Overall it is fine with me.
Webcam is very good, Clear video, microphone sangat clear
dan jelas. Before I purchase another webcam tapi microphone sangat annoying.
Tapi yg ni microphone dan camera terbaik.
2 BINTANG
Honest review: sound quality of the built in microphone is very bad. I had to look up on youtube on how to disable the built in microphone and use my laptop's mic instead. Picture quality was OKAY but when you switch to video, it becomes lagging. Not worth rm89. Seller wasn't responsive.
sound quality for built in microphone is VERY BAD. banyak tersekat sekat. dah record video presentation baru perasan. but camera quality okay cantik je. but definitely NOT worth the price.
1 BINTANG
Camera ok, cuma kelemahan yg paling besar adelah
camera tak boleh autofocus.... So kalo gmbr DEKAT mmg BLUR!!.. tulisan ape smua
nampak BLUR... RUGI beli sbb tak boleh focus dan x de auto focus... harga MAHAL
utk camera yg x de focus or autofocus function..
komen aku untuk abang ni: bang, kat description takde pun tulis ada autofocus
function, baik abang beli microscope ke DSLR ke.
Peh terang ye. Sila beli jenis yang ni. Berbaloi sebab siap
stand. Pastu ada led. Kebanyakkan takda led. Seller pos out barang laju je.
Good job seller.
4. PERSONAL REVIEW
Bila beli webcam ni, mestilah aspek yang paling utama yang
kita nak ianya bagus adalah KAMERA. Betul tak?
LED, built in microphone dan tripod tu sekadar tambahan
kepada item utama!
So, bagi aku, as long as KAMERA tu kualitinya ok, should be
no problem la.
Memang tak boleh la nak expect dengan harga RM80 tu boleh
dapat everything perfect. Oh ya, perfect ni pun subjektif ya, kalau korang baca
review kan, majoriti cakap kualiti kamera bagus, ada sorang je hamba Allah ni
komplen webcam ni tak de autofokus, korang boleh tengok review 2 bintang kat
atas. Masa aku baca tu kan, rasa macam... weh kau beli webcam weh bukannya
microscope nak fokus apenya, sedangkan kamera IP yang harganya 5k pun kadang
tak autofokus inikan plak webcam.
Webcam, kameranya wide angle. So walaupun korang duduk depan laptop sejengkal je, still boleh nampak luas tempat korang tu.
kamera laptop
HIGHLIGHT OF THE POSTKomen aku mengenai produk ni.
Kamera [5/5]: Gambar clear, for sure BETTER than
my laptop's camera. Wide angle, jadi kena hati-hati bila open camera tanpa tak
blur background.
Dari segi delay tu, aku dah test dengan adik aku. takde
delay pun, ok je. Entahlah.
Built in Microphone [3/5]: Tak pernah try
sebab aku tapi aku expect microphone sama seperti apa yang direview iaitu
kurang dengar, yelah weh speaker tu bukan kat depan mulut korang, jangan
diexpect suara korang clear, tu belum masuk ganguaan bunyi sekeliling. Faham
kan?
LED [4/5] : Sebelum aku on lampu tu, adik aku
ada beritahu yang lampu dia macam lambat detect bila tekan. Tapi bila aku
tekan, ok je. Oh, dia bukannlah tekan macam suiz, just sentuh je. Ada tekniknya
supaya korang sekali sentuh je terus dia fungsi. hehe
DURABILITY [4/5]: Ada yang komen webcam ni panas
lepas 20 minit kan? Salah satu faktornya bila korang on LED tu, ya memang ada
rasa panas sikit tapi aku rasa ianya normal kot, sebab aku guna ringlight pun
memang akan panas bila guna lama. Tapi takdelah sampai rosak, panas je.
Harga [5/5]: Ni kena juga komen ke? Aku akui ada
webcam yang lagi murah dari ni tapi persoalannya, kamera ok tak kalau yang
murah sangat tu? Kalau nak beli yang murah tapi kamera tak ok, tak berbaloi
juga pelaburan anda.
Overall aku recommend la untuk korang beli webcam ni, dan
sila fokus pada fungsi utama iaitu KAMERA. Sediakan ringlight dan headphone
jika korang nak pencahayaan dan suara yang jelas. Bukannya bergantung pada
'webcam' ni.
Kalau ada info yang korang nak tahu, silakan komen, aku akan
tambah dekat post ni.
Jika anda seller dan ingin aku review produk anda, boleh pm
ye. Tapi pastikan kualiti produk ok. Kalau tak ok, aku tak review ye.
Jika anda rasakan post ini bermanfaat, kongsikan
dengan rakan-rakan yang lain.
Credit gambar: Shopee Malaysia
0 Comments
Thank you for your comment ^_^