CARA BELAJAR MAKAN TOMATO

Hai semua. 

Hari ni aku nak kongsikan cara aku belajar makan tomato di usiaku 23 tahun.

Alkisahnya aku ni tak suka makan buah tomato. Ala, tomato yang ada dalam burger tu.

Tomato ni selalu la orang letak dalam asam pedaslah, masak lemaklah, sardin lah kari lah macam-macam lauk melayu ni mesti ada tomato

Kalau ada je tomato, mesti aku buang/tak ambil atau bagi orang yang makan tomato.

Tup-tup ada satu kejadian yang membuatkan aku makan tomato. 

Nak tahu sila baca sampai habis.

Ia bermula masa aku ada kat Turki.. Korang pun tahu kan Turki ni terkenal dengan kebabnya.

So, dalam kebab mesti ada tomato atau dipanggil domates.

Aku ni kalau termakan tomato sikit2 tu aku ok lagi. Ni banyak betul tomato dalam kebab.

Stress jugaklah nak bawak keluar tomato dari dalam kebab tu.

Sepanjang aku kat Turki tu, memang aku stress lah dengan tomato ni.

Ada satu peristiwa yang buat aku mula makan tomato.

Iaitu.....

Bila aku makan Turkish Scrambled Egg with Tomato atau nama Turkinya MENEMEN.

Masa tu aku kat rumah member Turki aku, pagi tu dorang hidang menemen. Makanan ni memang biasa orang masak waktu pagi. Tak susah pun nak masak. Makan dengan roti.

Nisbah tomato dengan telur tu umpama 5 biji tomato, 2 biji telur. 

Sejak aku makan menemen kat rumah member aku ni, aku terus jadi suka makan tomato.

Sampai sekarang!!!

Itulah caranya aku belajar makan tomato.

Kadang-kadangkan aku sorang je yang makan tomato kat rumah. Lagi lembik(dalam kuah) lagi aku suka makan.

Cuma sekarang aku tengah nak biasakan makan tomato mentah sebab yang tu aku belum lepas lagi.


Doakan aku....


Kenaapa aku rajin tulis cerita tak penting ni?

Sebab aku nak abadikan kenangan aku belajar makan tomato.

Terima kasih sudi baca sampai habis.... HIDUP TOMATO!!! 

 Jika anda rasakan post ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain.

Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement