Hari ni aku nak kongsikan hotel baru di Kuantan iaitu Swissbel-Hotel International!
Apa yang bestnya hotel ni, anda boleh menempah bilik SEA VIEW tanpa perlu pergi jauh sebab lokasinya sangat dekat dengan bandar Kuantan!
Baca sampai habis kalau nak tahu kat mana boleh booked hotel ni dengan harga paling murah!
Dari jambatan tu, anda toleh je kepala ke kiri, anda akan nampak bangunan yang tersergam indah ni.
Swiss Belhotel Kuantan
from: Swiss BelHotel International
LOKASI
Terletak di Jalan Tanjung Lumpur 1, 26060, Pahang Darul Makmur.
Sangat mudah untuk jumpa hotel ini, dari Jambatan ke Tanjung Lumpur, anda sudah boleh melihat bangunan hotel yang tersergam indah ini.
PILIHAN BILIK
Disclaimer: Harga yang ditulis adalah ANGGARAN sahaja kerana ia bergantung kepada demand bilik, bila anda tempah dan juga jenis bilik.
Jika ingin dapatkan harga termurah, perlu tempah sebulan atau dua bulan awal. Harga tidak tetap(Semua hotel macam tu harap maklum). Saya menulis anggaran harga bilik ni untuk anda sesuaikan dengan bajet anda.
1. STUDIO
Ini pilihan bilik termurah disini iaitu jenis studio.
Sesuai untuk 2 orang, ada dua katil single. Kalau anda seorang yang size S-XL tu, boleh tidur dua orang satu katil sebab katil singlenya besar.
Ada dua pilihan iaitu CITY view atau SEA view. Sea view ni maksudnya menghadap laut, city view pula maksudnya menghadap bandar Kuantan.
Nak tahu yang mana lagi best? Baca sampai habis, sis ada tulis review.
1.1 Studio City View
Harga:
Tiada sarapan - RM204- RM288
Ada sarapan - RM235 - RM350
1.2 Studio Sea View
Harga:
Tiada sarapan: RM248- RM300
Ada sarapan: RM310 - RM400
2. FAMILY ROOM - dua bilik
Untuk 5 orang, 1 katil king untuk mak ayah.
Dua katil single untuk anak-anak.
2.1 Family Room City View
Harga:
Tiada sarapan: RM375 - RM563
Ada sarapan: RM437-RM628
2.2 Family Room Sea View
Harga:
Tiada sarapan: RM426 - RM639
Ada sarapan: RM488 - RM704
3. DELUXE OCEAN VIEW - 422 sqft
Harga:
Tiada sarapan: RM396 - RM639
Ada sarapan: RM426 - RM704
4. PREMIER OCEAN VIEW SUITE
Macam family room tetapi lebih besar.
Harga:
Tiada sarapan: RM566 up to ...
Ada sarapan: RM596 up to ...
5. REGAL OCEAN VIEW SUITE
Untuk menempah bilik dengan harga paling murah, aku cadangkan untuk terus menempah kat website Swissbel.
Untuk membaca review sis mengenai hotel ni, boleh KLIK SINI.
Jika anda rasakan post ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain.
0 Comments
Thank you for your comment ^_^