APA PERLU BUAT JIKA KONTAK RAPAT ?

Hai semua. 

Harini aku nak kongsikan apa yang anda perlu buat jika anda disahkan kontak rapat. perkongsian ni adalah tindakan yang aku buat bila aku disahkan kontak rapat pesakit COVID19.

TINDAKAN PERTAMA: UPDATE mysejahtera di bahagian COVID-19 status. Soalan nombor 5 iaitu ADAKAH ANDA ADA CONTACT RAPAT DALAM MASA 14 HARI? Tandakan 'YA' dan isi selanjutnya. 

Untuk tahu anda ni kontrak rapat ke tak dengan pesakit, anda mestilah ada salah satu dibawah ni:

1) Tinggal serumah/ Household

2) Kontak keluarga/ Family contact

3) Rakan sekerja/ Colleague

4) Rakan sosial/ Social friend

5) Petugas kesihatan/ Health staff

6) Kontak sosial di tempat awam/ Social contact at public area

7) Kontak rapat dalam kenderaan yang sama/ Close contact using the same transport


TINDAKAN KEDUA (BAGI YANG BEKERJA SAHAJA)

Jika anda bekerja di pejabat, JANGAN DATANG PEJABAT walaupun anda tiada simptom. Inform bos anda dahulu yang anda ni close contact. Sepatutnya ofis anda tak benarkan anda datang ofis kalau anda close contact walaupun mereka tidak cukup pekerja. Mereka akan minta anda kuarantin di rumah.

Bermula 18 Oktober 2021,

Sudah vaksin: Kuarantin 7 hari.

Belum vaksin: Kuarantin 10 hari. 

TINDAKAN KETIGA - BUAT SWAB TEST, DAPATKAN SURAT KUARANTIN DAN PAKAI GELANG. 

Untuk mengesahkan yang anda tidak datang kerja kerana close contact, anda perlu mendapatkan SURAT PENGESAHAN KUARANTIN oleh KKM dan perlu hantar surat tersebut kepada HR bila masuk kerja semula. 

Bagi close contact yang tinggal di DAERAH PETALING, anda perlu mengisi 1 borang yang bernama SISTEM PEMAKLUMAN KENDIRI KONTAK RAPAT COVID-19 DAN TEMUJANJI UJIAN COVID-19/ COVID-19 CLOSE CONTACT SELF-REPORTING SYSTEM AND COVID-19 SWAB TEST APPOINTMENT

Untuk isi borang tu, anda kena whatsapp dulu hotline PKD Petaling ni di no ni 60 11-2356 5316.

Beritahulah kat mesej tu yang anda ni close contact dan ingin buat swab(jika belum buat) dan surat kuarantin, nanti dia bagi mesej khas dan link untuk korang isi.

Kawan aku cakap, untuk SWAB appointment tu, ianya OPTIONAL. Kalau korang nak buat swab dan ambil surat ATAU nak ambil surat je.

Gelang kena pakai ke?
Kena walaupun close contact. Gelang yang aku pakai warna biru.

KALAU BELUM BUAT RTK/PCR? 
Korang isi borang tu untuk booked tarikh nak buat swab dan ambil surat kuarantin. Lepas buat swab, memang kena ambil surat dan korang akan dapat gelang. Tak boleh salah satu.

KALAU DAH BUAT RTK/PCR?
Korang tunjuk result RTK tu, kalau negatif. Baru boleh dapat surat kuarantin.

WAJIB KE BUAT SWAB TEST DAN AMBIL SURAT KUARANTIN?

Swab test: WAJIB kalau korang ni close contact dengan someone yang positive COVID! 

Surat Kuarantin: Kalau korang buat swab test kat KK, lepas buat swab tu memang kena ambil surat kuarantin dan pakai gelang.


Hope post ni membantu. 


 Jika anda rasakan post ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain.

Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement