CARA ISI BORANG PERKESO EIS UNTUK PESARA AWAL

Hai semua. 

Hari ni aku nak kongsikan cara untuk anda isi borang EIS (Employment Insurans System).

Untuk sesiapa yang diberhentikan kerja/bersara/VSS, anda boleh dapat elaun pekerjaan 6 bulan jika isi borang ni.

Ni aku kongsikan sebab aku tolong mak aku isikan. Almaklumlah dah tua2(mak aku ye bukan aku) ni tak mahir sangat. Itulah gunanya ada anak untuk tolong part teknologi ni.

Ok, untuk isi borang ni tak sukar mana pun.

Firstly, kalau korang search je kat Google EIS. klik pada link yang pertama atau KLIK SINI  

Lepas korang klik tu, keluar seperti dibawah. Jika ni pertama kali korang nak buat, korang kena klik 'DAFTAR'. . Sebabnya kalau anda masuk kad pengenalan, ia akan keluar 'No. Kad Pengenalan tidak layak/ berdaftar.

Jadinya, kliklah daftar. 





Nanti akan keluar seperti dibawah, klik SETUJU. 

Sebelum tu, dalam box tu ada tulis siap-siap dokumen yang anda kena sediakan untuk isi borang nanti.

Salinan dokumen utama hendaklah dilampirkan bersama dengan permohonan ini.

(a)          Salinan kad pengenalan

(b)          Salinan surat pemberhentian kerja (termasuk VSS, MSS atau seumpamanya)

(c)           Salinan penyata gaji (6 bulan kebelakang sebelum bulan kehilangan pekerjaan)

(d)          Salinan akaun bank - Dokumen sokongan

(e)          Salinan laporan polis (contoh gangguan seksual, ugutan dsb.)

(f)           Salinan bukti arahan yang diberikan bagi kerja-kerja berbahaya bukan dalam skop kerja mengikut kontrak

(g)          Lain-lain:nyatakan (dokumen berkaitan dengan kes)



Kemudian akan keluar seperti dibawah, masukkan nombor IC anda dan klik SEMAK.

Bahagian nama tu auto keluar, dan anda boleh pilih majikan yang anda ingin anda beri dokumen slip gaji ape semua tu. Pilih majikan terkini. 


Lepas tu, korang isi jelah semua borang tu.

Pastikan anda baca betul-betul ya soalan sebab default jawapan ialah YA. Jadinya, jika soalan tu 'ADAKAH ANDA MUFLIS? , anda kena betulkan jawapan kepada tidak. 

Selepas anda isi tu, anda akan menerima kata laluan. ni penting untuk anda tahu status permohonan. Kat situ juga ada nombor pegawai bertugas untuk kes anda. anda boleh hubungi pegawai tersebut jika ada sebarang pembetulan pada borang.



 Jika anda rasakan post ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain.

Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement