Aku nak kongsikan cara terminat plan enrich rezeki AIA. Untuk plan lain, aku tak tahu sama atau tidak prosedurnya.
Apa yang aku nak kongsikan ni untuk anda yang ingin membatalkan plan anda dalam tempoh masa 15 hari, jika anda ingin batalkan setelah lebih 15 hari plan anda, anda kena confirmkan dengan AIA sebab borang yang diperlukan berbeza.
Jika anda batalkan dalam masa 15 hari iaitu dalam tempoh FREE LOCK PERIOD.
Ada dua cara untuk batalkan iaitu:
1) Terus ke kaunter AIA yang terdekat.
2) Email ke customer service
Cara 1 lebih cepat sebenarnya sebab boleh terus selesai di kaunter.
Aku ingin kongsikan cara nombor 2 iaitu emel ke customer service. Cara ni lebih mudah untuk anda yang sibuk dan tidak sempat nak ke kaunter.
Sebelum emel, pastikan anda sudah download dan isi 2 dokument dibawah iaitu:
1) Direct debit instruction form - nombor 9
2) Customer Due Deligence Form - nombor 14
3) Surat rasmi yang ditulis oleh anda menyatakan certificate number, cancellation request, beserta tandatangan
Emelkan ke my.customer@aia.com.
Pastikan anda menerima AUTO-REPLY daripada AIA. Jika anda tidak menerima auto reply, ia berkemungkinan emel anda tidak sampai kepada pihak AIA dan permohonan anda mungkin tidak diproses.
Pastikan juga anda mengisi borang dengan lengkap dan tandatangan mestilah sama untuk kesemua dokumen.
Jika anda rasakan post ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain.
5 Comments
Adakah kita akan dapat balik Wang yang dah dilaburkan?
ReplyDeleteya, boleh dapat semula 100% dengan syarat kena terminate masa free lock period.
DeletePuan, kalau nak terminate after 9 months inforce akan dpt balek brapa % drpd caruman yg kita dah buat tu? Or tiada dpat ape2. Ni yg 10pay20 thnx
ReplyDeleteBoleh refer polisi. atau tanya ejen saudara. Mungkin dapat sikit je or tak dapat langsung sebab wakalah fee(commission) untuk ejen pada tahun pertama je dah 45%.
DeleteHi awak. Terima kasih atas perkongsian. Saya plan nak terminate AiA enrich rezeki ni. Agent cadangkan supaya jangan terminate, tapi tukarkan ke bank akaun yang takda duit untuk ditolak. Supaya policy akan cancel if two months tak bayar. Mintak pandangan whether to terminate atau ikut cadangan agent ye? Terima kasih
ReplyDeleteThank you for your comment ^_^