Rasa macam tokki ada je kat kampung tu tengah tengok tv. Setiap bulan mesti balik kampung nak tengok tokki. Lepas tu malam-malam tunggu tokki balik daripada surau bawak makanan lepas tu berebut dengan mak nak makan makanan tu lagi2 kalau tokki bawak nasi berlauk.
Tokki pergi terlalu cepat tanpa kami sempat ucapkan kata-kata terakhir.
Tak sempat tokki nak tengok aku naik pelamin, aku pregnant dan tengok cicit tokki. Sedangkan tu antara target aku, tokki antara orang penting yang aku nak dia tengok aku kahwin.
Aku rindu senyuman tokki, lawak tokki, kerenah tokki.
Tokki suka ikut pergi jalan, tak banyak ragam, suka bergurau.
Saat-saat terakhir aku tengok tokki, memang tokki dah bukan diri tokki lagi dah. Tokki cakap benda pelik-pelik yang sebelum ni tokki tak pernah cakap macam tu pon.
Contohnya, masa tu pukul 6pm. Tokki tanya aku kenapa tak tidur lagi?Tokki tak pernah tanya soalan pelik macam tu. Aku pon cakaplah awal lagi ni tokki nak tidur. Masa tokki tanya tu, aku dan tokki je kat rumah. Lepas tu mak aku balik, tokki cakap kat mak aku yang 'budak-budak'(aku) ni tak tidur lagi. Mak aku pon balas, 'terlebih tidur dah dorang ni'.
Ada lagi, masa tu tokki kat ruang tamu tengah duduk tak larat. Aku ni nak sidai kain tau. So aku bukaklah sliding door yang tertutup rapat sebab pasang aircond. Lepas tu tokki cakap kat aku, ' tutup lampu kat luar'. Padahal masa tu siang weh, lampu yang dimaksudkan tu ialah 'cahaya matahari kat luar'. Aku macam... ape menda nak ditutup.
TU je la yang aku ingat benda pelik yang tokki cakap.
Lepas tu kan, masa kat hospital. Kan aku teman tokki kejap. Masa tu aku beli burger ayam 2. 1 tu aku dah makan. Lepas tu 1 lagi tu aku rasa nak makan jugak, so aku tanya lah tokki nak makan burger tak?
Tokki cakap burger daging tokki tak boleh makan. AKu pon cakaplah, ni burger ayam tokki. kita tak beli burger daging. Lepas tu kan, tokki cakap tokki nak makan burger. Aku pon potonglah burger tu bagi tokki makan. Ko tahu weh, tu MAKANAN TERAKHIR aku bagi tokki makan rupanya. Aku ada rekod video tokki makan tu. Sedih giler bila tengok semula.
Allahu, aku rindu tokki...
Lepas ni takde dah lah aku panggil nama tokki bila balik kampung.
Kalau tak, aku la yang sokmo panggil tokki. TOkki tu tokki ni. tokki nak ni ikut tak.
Jap ada lagi sikit nak cerita,
Sebulan sebelum tokki pergi kan, tokki mintak kat mak aku jam tangan tau sebab tokki cakap jam tangan dia rosak. Tokki siap buat special request utk jam tu, nak jamt tangan buatan jepun dan bentuk segi empat. Nak yang mahal sikit(tokki gurau).
Mak aku ni punyala semangat nak beli jam kat tokki sebab masa tu rentas negeri baru je dibenarkan.
Mak aku beli jam macam yang tokki nak. Tokki happy sangat masa tu. Ada videonya. Akulah yang beri jam tu kat tokki dan adik aku record. Serius weh nangis bila aku tengok video tu semula.
Aku memang hati tisu lah. Malam-malam sebelum tidur kan, aku tengok gambar dan video tokki. Pergh nangis mcm hilang pakwe(gurau). bangun pagi mata sembap sebab malam tu nangis.
Korang mungkin tak nampak aku nangis sebab bila dah dewasa ni memang susah sikit nak nangis depan orang, cara untuk aku elak nangis is JANGAN FIKIR. sebab bila fikir, masa tu lah air mata akan bercucuran.
Aku tulis ni as throwback je dan untuk memori aku. Mungkin lagi 10 tahun aku baca post ni, aku realized that mungkin aku lupa 10-30% apa yang aku dah tulis.
Korang yang kenal tokki aku tu. Sedekahkan alfatihah ye. Aku ni dah lah kurang kasih sayang seorang ayah, so tokkilah lelaki selepas ayah yang aku sayang.
Terima kasih Allah sebab pinjamkan tokkki untuk aku selama aku hidup 20+ tahun ni. Aku bersyukur dapat juga kasih sayang seorang atuk yang sentiasa ingat kat aku.
Cakap pasal ingat aku ni. Ya, aku antara cucu tokki yang tokki akan selalu sebut bila jumpa orang. Ni amira yang belajar kat uia, ni amira yang sekolah kat bukit goh tu, ni amira yang duk shah alam tu.
Kawan-kawan aku yang duk kat kuantan pon kadang tegur aku cakap, weh aku nampak atok kau dengan nenek kau naik motor. Weh aku nampak atuk kau kat kedai. weh aku nampak atuk kau kat masjid. Masa tu aku macam.. wahh femes jugak tokki ni kawan-kawan aku masih ingat tokki.
Jika anda rasakan post ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain.
0 Comments
Thank you for your comment ^_^