Seperti yang korang tahu, youtuber menjadikan youtube sebagai platform dorang untuk dapat income. Lebih banyak view, semakin banyak duit dorang dapat. Duit ni dalam USD tau. So walaupun nilainya 100USD, jika diconvert, besar juga. Apatah lagi kalau 10,000 USD sebulan, perghh masyukkk....
Tetapi untuk menjadi seorang Youtuber, kena creatif.
Selain youtube, blog juga boleh jana income ya untuk blogger.
Aku mula blogging sejak tingkatan 2, kalau korang tengok viewers aku pon dah cecah 1juta lebih. Tu dikira sikit ya untuk blogger yang sudah lama bertapak. Tapi aku tak kisah sangat sebab aku bukanlah blogger sepenuh masa. Kalau korang tengok plak blog archive aku di sisi blog ni. Setiap tahun tu sikit je post yang aku tulis.
Contohnya 2012 dan 2017, hanya 7 pos sahaja setahun. Mula tahun lepas dan tahun ni, baru aku mula tulis banyak-banyak sebab ada banyak masa lapang.
Sebelum ni jugak, aku tak daftar pun lagi Google Ads ni tau sebab blog aku ni bermasalah dari segi ape tah. Susah nak beritahu, yang pastinya ada sesuatu(post) aku ni yang menghalang untuk aku generate income.
Selidik punya selidik, aku jumpa dah puncanya!!!! Sebab ada content aku yang tak sesuai. Almaklumlah dulu-dulu aku main tulis je.
Lepas aku delete/convert to draft post yang tak sepatutnya tu, barulah aku boleh daftar GAds tu.
First income aku ialah mula bulan Januari 2021. Tahu berapa?
Bulan 1 : 24 sen USD bersamaan RM1. Ya RM1 sebulan!!! Itupon aku happy giler bagitahu mak aku yang aku dapat duit dari blog.
Bulan 2 : Penurunan 2 sen, jadi 22 sen USD je iaitu 90 sen MYR sebulan. Pulakk.....
Bulan 3 : Makin menurun, jadi 10sen USD je iaitu 40 SEN MYR je. Allahu.....
Bulan 4: Separuh daripada bulan 3 iaitu 5 SEN USD bersamaan 20 sen MYR.
Aku kongsikan sampai bulan 4 je lah sebab tak sanggup menahan kepedihan ini.
NANTI DULU....
Masuk bulan 8, ia semakin bertambah. Dah tak main dah posen posen ni. Dah main angka selepas 0.99, walaupun tak banyak tapi boleh lah.
Alhamdulillah. Sebab tu lah aku masih teruskan menulis dan banyak lagi aku kena belajar untuk naikkan viewers aku antaranya SEO, copywriting dan sebagainya.
Sebab kita tak tahu post mana yang akan up dan keluar kat google search. Tapi so far blog aku ni keluarlah juga kalau orang search. TQ kat korang yang baca blog aku ni!!!
Doakan aku boleh jadikan blogger aku ni as MAIN INCOME. aminn.....
Jika anda rasakan post ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain.
0 Comments
Thank you for your comment ^_^