Tadi sajalah aku cek berapa nilai duit turki.
Korang tengok ni weh,
RM1 = TL2.70
Dulu masa aku pergi Turki 2018, RM1 = TL0.8 tau.
Duit turki jatuh hampir 3x daripada duit kita.
Umpama SGD1 = RM2.70 . Hah macam tulah RM1 = TL2.70
Akhir tahun lepas, duit turki ~TL1.00++ untuk RM1.
So, bila duit Turki jatuh ni, ada lah certain kos yang jadi mahal, contohnya tiket ke Topkapi Palace, sekarang 200tl, dulu 60lira je.
Dolmabahce Sarayi plak sekarang ni harganya 220tl termasuk harem seksyen. Dulu aku pergi 10lira je, tapi tu sebab guna student kad(turki punya bukan matrik kad UIA).
So, kalau korang belajar kat Turki tapi tak manfaatkan muze kad tu, perghh amat rugi weh, Ko bayangkan 1 kad tu 20lira. Kau boleh guna untuk masuk MANA-MANA musium tu. Tak yah dah bayar tiket. Kiranya muze kad tu as tiket korangglah.
So, kalau korang perasan. Banyak syarikat travel yang jual pakej RM4000 untuk 10 hari tu. Nampak macam murah kan?
Tapi kalau korang selami betul-betul itinari tu. Memang penat weh!
LEtsay tiket flight RM1,500 return. So ada baki RM2,500 untuk SEMUA KOS selama 7 hari. RM2,500 convert ke lira ialah 6,789lira. Which is SANGAT BANYAK untuk 10 hari travel. Kos kat Turki ni walaupun sekarang mahal sebab currency jatuh, tapi kalau compare apple to apple, kosnya lebih kurang macam bercuti kat Malaysia je. Hotel 3 bintang kat Malaysia 1 malam around RM100 kan untuk 2 orang. So kat Turki pun hotel 3 bintang 100lira. Nampak tak mesej yang aku nak sampai kan?
Ok ni study case simple aku buat.
Letsay lah ambil hotel 4 bintang kan, 200tl sorang, 7 malam baru 1400tl. Makan sehari ~60tl, cincai 8 hari 480tl. Transport ni anggaplah ade 10 tempat nak pergi, purata 1 tempat tu 60tl. So dah 600tl. Tiket masuk plak cincai 150tl x 5 tempat, so 750tl.
So total baru 3,230tl. Ada baki lagi 3.5k lir untuk dibelanjakan. Hah boleh lah merasa naik hot air ballon, shopping etc. Kalau 6,789 tu dah bayar untuk travel ejen tu tak termasuk kos TU BARU KIRAAN KASAR WEH. Contohlah hotel tu kalau pergi low season iaitu musim sejuk, harga mesti drop. makan plak mesti korang bawak bekal punyalah dari Malaysia. Lepas tu tempat tu plak mungkin pergi satu dua je or yang free je.
Wait, ape aku bebel ni. Aku nak cerita pasal duit turki turun nilai je tapi duk melencong ke benda lain. Sorry gais, aku excited nak pergi Turki tapi entah bila lah. Kita kumpul duit dulu lah ye. Kalau ada yang nak bawak aku ikut travel turki sekali, aku nak ikuttt.. Korang hanya perlu bayar tiket flight dan bagi duit belanje kat aku 3k je. Then aku akan jadi travel planner korang. Dont worry aku takkan bawak korang ke tempat yang cliche . Contohnya KILANG ROS. Haaa mesti tak tahu kat mana kan?
Ceh demand plak. Aku gurau je. Jangan buat aku macam ni ye sebab aku suka giler turki!!! Jangan sampai aku benti kerja n duk kat Europe.
DISCLAIMER: MAAF ATAS KEMELALUTAN AKU. ANGGAPLAH BEBELAN KU TAK WUJUD.
Jika anda rasakan post ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain.
0 Comments
Thank you for your comment ^_^