PENGALAMAN KERJA DI MAKMAL COVID19

Hai semua. 

Hari ni aku nak kongsikanlah pengalaman aku bekerja di lab covid.

Aku rasa mesti ramai yang tertanya apalah yang dibuat lab covid tu kan. Macamana cara kerja ape semua. 

Kat sini aku nak cerita secara kasar je.

Nama syarikat dirahsiakan tetapi agak terkenal juga di Malaysia ni.

Alkisahnya, aku kan graduan Bioteknologi. So, APA-APA kerja lab memang kena dengan course aku termasuklah lab covid ni.

Ok, untuk lab yang analisis sample dari hospital/klinik ni. Ada satu jawatan khas tau namanya MEDICAL LABORATORY TECHNOLOGIST/SCIENTIST. atau lebih dikenali as MLT. Kos MLT ni ada untuk diploma je antaranya di IPTS seperti di MSU. IPTA takde rasanya. Jika ada boleh inform ye.

Siapa yang ambil kos MLT ni, mereka akan jadi first choice majikan untuk position MLT.

TAPI...

Jika anda graduate dari apa-apa kos berkaitan BIOLOGI seperti BIOTEKNOLOGI, BIOMEDICAL, anda juga layak bekerja sebagai MLT ya sebab anda dah ada asas.

Ok tadi tu intro jer. 

Aku dapat kerja ni pun mungkin sebab background aku... TAPI, rupanya ada jugak sorang dua yang baru habis SPM, bukan aliran science plak tu, tetiba dpt kerja situ. Tak lain tak bukan sebab KABEL lah apelagiiii....... 

OK aku tak nak kupas pasal tu. 


Ni nak kupas pasal pengalaman aku.

Kerja ni kalau di lab yang besar, lab tersebut beroperasi 24 jam ya. Jadinya,,, kerja pun ada shift lah macam kerja kilang. Bezanya kerja kilang wajib 12 jam, tapi kat sini 8 jam je. Kerja kilang 6 hari, sini 5 hari. Tapikan sekarang ada je kilang yang buat 4 hari je kerja. Rasanya aku sanggup kerja kilang yang 4 hari tu... hehe. 

OK next!

Kat lab ni ada beberapa seksyen. Macam kau pergi klinik, first kena pergi kaunter 1 resepsi, daftarkan diri beri IC, kemudian dapat nombor. Tunggu sehingga nombor dipanggil dalam bilik ('kaunter 2') untuk jumpa doktor. Dah siap tu, keluar bilik dan tunggu dipanggil nama untuk ke kaunter 3 iaitu untuk ambil ubat.

So samalah disini, ada 'kaunter 1,2, dan 3'.

Setiap sample tu bila sampai lab, mesti lalui kaunter 'resepsi'. Kemudian sebelum ke kaunter 2 iaitu jumpa doktor. Dalam kes ni, untuk dianalisa. Sample tersebut mestilah disorting dulu. Sebab sample bukan 1-2 je. Kadang beratus beribu sekali harung nak kena run. 

So sorting tu sangat-sangat penting.

Korang pernah terfikir tak, kalau sample banyak sangat, boleh tertukar ke? alamak klau tertukar macamana? Hah sebelum korang fikir, mereka dah fikir dulu dah. 


Sebenarnya hal tersebut boleh diatasi macam barang kat kedailah, kan ade beratus juga kan??

So caranya ialah BARCODE. Setiap helaian/sample yang ada butiran pesakit, mestilah dilekatkan dengan barcode. Supaya jika ada apa-apa, senang nak trace. Hah so  nak lekat barcode tu pon bukan main lekat je. Kena cek dulu nama kat sample dengan kat form sama tak. Kalau tak sama, REJECT! Bukan main agak2 je lah betul kot sample ni . NO NO ya...

Sebab tu, WAJIB untuk doktor tulis nama patient kat sample. Jangan salahkan lab kalau sample KIV atau reject atas alasan takde nama, sebab letsay SALAH nama, hah lab jugak yang dipersalahkan betul ke betul?

Lab covid yang aku kerja ni ada 2 bahagian iaitu ANALYTICAL DAN PRE ANALYTICAL.

Pre analytical - bukan lab (receive sample, sort dan data entry)
Analytical - lab (run sample)

Aku kerja di bahagian pre analytical sebab analytical dah 'full'. Sebenarnya kerja bahagian ni RINGAN sikit daripada lab. 

Bahagian pre analytical ni plak pecah dua iaitu sorting room dan juga data entry. Siapa di sorting room memang penat sikitlah sebab hampir sepanjang masa bekerja tu kena berdiri dan bergerak kesana kemari. Untuk yang shift di data entry, rileks sikit banyak duduk je sebab kerjanya keyin data je. Aku dah rasa dua-dua bahagian ni. Dua-dua aku suka je. 


PENAT TAK KERJA LAB?

Kerja apa je tak penat. Ok kalau dari segi fizikal tu memang penatlah sebab banyak berdiri lepas tu gerak sana sini weh kalau sorting.. so takde masa nak rasa mengantuk. So oklah. yang penting tak penat MENTAL.


CABARAN KERJA LAB?

Ni aku kongsikan untuk kerja aku je la. Cabarannya ialah TAK BOLEH BUAT SALAH. Ye weh main dengan sample orang, tu semua duit. Yang ok nya, even ada terbuat salah, ia masih boleh diselamatkan sebab bila sample tu hantar kat lab analisis, ia akan disemak semula buat kali ke dua. Untuk data entry plak, akan ada checker, untuk check yang kami dah keyin tu. Tapi kalau checker pun kelaut, nasiblah, nantilah untuk dimaki oleh klinik/hospital lagi2 kalau salah part penting yang menyebabkan mereka tertinggal flight etc. 


MANA BEST? PRE ANALYTICAL ATAU ANALYTICAL?

Ada dua pandangan kat sini, jika korang memang nak pengalaman TEKNIKAL/PRAKTIKAL  lab, memang best kat analytical lah sebab korang akan belajar cara nak buat PCR tu, aku ada belajar kat uni tapi tak details dan tak sama sangat tapi asasnya samalah.

Kalau korang nak kerja lab tapi nak rilek-rilek dan tak nak too serious, go for pre analytical. 


TERDEDAH DENGAN VIRUS COVID19 TAK?

MESTILAH weh, duk pegang VTM(viral transport medium) tu. Ala lepas doktor cucuk hidung & mulut korang guna something panjang tu, kan dia masukkan dalam 1 bekas. HAh bekas tu lah VTM.

Kami duk hanle VTM tu lah. Disebabkan terdedah, so kami WAJIB lah pakai PPE terutama DOUBLE GLOVE & iso gaun. Sebab risau tertumpah. kadang kita tak perasan glove tu koyak ..


APA PENGALAMAN TAK BEST?

Ni dari segi masa kerja lah, kan korang boleh buat saliva test kan. Tahu kan maksud saliva tu apa?

Saliva tu air liur.
Sputum tu kahak.

Ni aku tak faham sampai sudah, dia buat saliva test tapi pergi hantar sample kahak. Adoilaa, dah la seriau aku tengok lendir warna hijau kuning tu weh. Terus tak selera nak makan 2-3 minit.

Lepas tu kan, ada plak yang tutup bekas tak kemas maka bertebaranlah air liur tu diluar bekas jadinya kami terpaksa reject sample tersebut kerana sudah kontiminasi.


APA YANG BESTNYA KERJA SINI?

Bagi aku, yang bestnya kerja sini walaupun ada shift, ialah shift tu sendiri.

Normal shift ialah 2pm-11pm.
Morning shift 8am-5pm.
Night shift plak 11pm-8am.

Siapa dapat normal shift tu, memang busy lah sebab masa tu lah sample banyak giler, morning dan night sample sikit jer.

Night shift memang rileks lah kalau sample tak banyak. Yang bestnya, ko boleh plan la if nak pergi bank ke appoinment ke time waktu bekerja sebab masuk kerja kan pukul 2pm. Tapi balik kerja memang tak dapat buat apelah sebab dah pkul 11pm. 


WAKTU KERJA PALING LAMA ?

12 jam tapi penat nmti. 

Ni aku baru teringat, ada satu hari tu kan. Aku ni offday 3 hari rasanya.

Hari kedua tu, aku sajalah pergi kerja juga sebab tak cukup orang dan haritu ada sample dalam 600+ nak sampai. Aku pergi kerja tu 2.30pm, aku buat kerja jap dalam smpai kul 5. TUnggu punya tunggu, sample 600+ tu delay.

Lepas tu aku pon blah kejap. Masa tu takde siapa nak marah aku if aku blah sebab aku kan restday/cuti. Tak terikat dengan jadual kerja. 

Malam tu kul 8.30pm aku balik semula lab. Eh sample 600+ tadi baru otwn nak sampai sebab dari Sarawak. Tup2 kul 9pm baru sampai, masa tu morning shift dah nak baliklah kul 11pm kan.

Aku pon tolong lah sorting sample tu dari pukul 9pm. Kau tahu sampai pkul berapa?

ENAM PAGI. Ya weh, 9pm-6am. So malam tu memang aku berjaga duk sorting sample. Kenapa lama sangat sort sample 600+ sampai 8 jam? First sebab 3 orang je yang buat! then sample tu sendiri bermasalah, form dengan sample berterabur. terpaksa cari satu-satu dan matchkan. 

Entah kenapa kudrat aku ok malam tu. Sampaikan dorang tanya aku ni night shift ke? hahaha.

Pernah juga masa aku night shiftkan, jadual aku habis 6am, tapi aku OT sampai pukul 10am sebab nak grab public holiday rate triple after 8 hour. Haha. Memang barai weh lagi2 part mata tu rasa berat nak tertutup dah. Memikirkan kesihatan mata dan badan, aku tak naklah stay lama-lama.


KENAPA AKU BERHENTI KERJA?

Sebab utama sudah tentulah aku dapat tawaran kerja yang lebih baik dan terjamin. Masa aku kerja ni, aku kontrak 6 bulan, tu pon lepas kontrak habis, TAKKAN dapat permanent SEBAB beratur staf kontrak yang dah kerja lama yang belum permanent. 

So masa aku kerja situ, memang aku pulun cari kerja lain sebab aku tak nak lah terkial-kial cari kerja bila kontrak habis. Kerja aku sekarang lagi rileks dan gaji pon lagi tinggi plus lepas habis kontrak, akan diserap as permanent if prestasi bagus. SO far personally aku rasa prestasi aku bagus dari segi kehadiran sebab aku datang kerja pkul 7.15-7.30am walaupun rumah aku tak sampai 1km dari tempat kerja.


rasanya itu je perkongsian aku. tq sudi baca. 










 Jika anda rasakan post ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain.

Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement