RESTORAN ITIK SALAI SEDAP SHAH ALAM.

Hai semua. 

Untuk anda yang sedang mencari restoran itik salai yang sedap kat Shah Alam ni. 


Ni aku nak rekemen 2 restoran yang aku dah pergi makan dan memang dijamin sedap. Kuahnya yang pekat dan pedas berapi.


1. RESTORAN SALAI POWER
Restoran ni terletak di Jalan Kebun, bukanlah di area Shah Alam central tu tapi tak jauh mana pun. Aku dah dua kali makna sini. Kuah dia memang pekat dan pedas. Puas hati lah makan tu.

Restoran ni sebelah jalan besar yang tepi tu ada parit. Sebelah kanan dia ada barisan kedai baru dan salah satu kedai yang aku ingat ialah kedai Ladaza. hehe. 

Murah pun murah. RECOMMENDED!!! 5/5 untukmu. 


2. RESTORAN ITIK SALAI MASTHAR

Yang ni pun sedap lah puas hati makan, walaupun aku suka lagi salai yang kat salai power tu. Salai Masthar ni nombor dua lah. Recommended! 5/5


3. ... 
Setakat ni tu je, oh ye, aku pernah pergi makan kat restoran salai salai kat seksyen 7. Sorry, yang tu memang out. Aku bagi 2/5 je sebab kuah dia cair weh, lepas tu daging yang dia bagi tu liat dan untuk itik tu tak banyak isi pon. NI pengalaman aku la. Aku tengok kat JJCM kabor sedap pekat ape semua, review kat google pun cakap pekat . tapi bila kena tang aku, cair beler. Tak selera nk makan sebab out of expectation, nasi pun masa tu dia hidang sikit je lagi nak jadi bubur sebab lembek. Tapi makan je lah.


Kalau korang nak cadangkan restoran itik salai yang sedap yang aku tak listkan kat atas ni. Silakan komen ye. nanti aku pergi try sendiri dan jika sedap. aku akan tambah kat sini. 

DISCLAIMER: Aku bukanlah hantu daging salai tapi aku reti la nak beza kuah mana sedap, kuah mana pekat, kuah mana cair ape semua. Bukan apa, ada orang, dia suka kuah cair, so dia akan claim kuah cair tu sedap.

Kalau macam aku ni, korang pergi lah cuba kat resotran salai power, hah kuah dia tu definisi aku cakap kuah salai sedap. Unless, korang tak bernasib baik dapat kuah cair ke, hah tu nasiblah. Setakat ni dua kali aku pergi restoran tu, kuah dia konsisten je pekat. 
 Jika anda rasakan post ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain.

Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement