Hari ni sis nak kongsikan cara-cara untuk belajar bahasa Turki secara online dengan penutur natif.
Disamping anda belajar bahasa Turki, anda juga boleh berkawan dengan cikgu anda. Manalah tahu jika anda ke Turki suatu hari nanti, anda boleh berjumpa dengan cikgu anda disana.
Dulu masa sis mula-mula nak belajar bahasa Turki sebab nak pergi exchange study kat Turki kan.
Turkish Embassy kat Malaysia ada buat kelas bahasa Turki tau oleh Pusat bahasa mereka iaitu Yunus Emre Institute. Boleh semak di facebook mereka iaitu KLIK SINI.
Sis pernah ye join kelas bahasa Turki A1 di sana. Orang Turki yang ajar.
Hingga saat ini, sis masih praktis juga bahasa Turki sis iaitu dengan menonton drama Turki dan youtube mengenai bahasa Turki.
Ada juga kadangkala bila sis nak praktis bercakap dengan orang Turki, sis akan cari kawan Turki kat satu website ni iaitu KLIK SINI.
Mungkin ada yang tak prefer untuk belajar secara kumpulan kerana susah nak dapat perhatian dari cikgu.
Jadi, untuk anda yang ingin mempunyai cikgu yang fokus ajar anda seorang sahaja. Sis recommend sangat untuk anda menempah kelas di SINI.
Ada lebih 100 orang cikgu untuk dipilih.
KENAPA PERLU BELAJAR DISINI?
1. Jadual yang flexible
Jika anda seorang pelajar univerisiti, tinggal di luar kuala lumpur, atau tidak ada kenderaan untuk ke kelas fizikal.
Kadangkala sibuk dan masa free tak tentu. Tiada masa untuk luangkan masa yang konsisten setiap minggu untuk kelas. Jadi, belajar kat SINI adalah yang terbaik kerana jadualnya yang flexible.
Anda boleh pilih mana-mana cikgu yang sesuai dengan masa free anda.
2. KELAS ONE TO ONE
Kelas di SINI bukan berkumpulan. Jadinya dalam kelas tersebut hanya ada anda dan cikgu. Lebih mudah untuk anda tanya semua kegusaran atau ketidakfahaman anda.
3. YURAN BERBALOI
Yuran untuk kelas individu untuk mana-mana bahasa tidak murah ye. Kita ambil contoh kelas bahasa cina, if anda ambil private class. Anda comparekan dengan yuran kat SINI. Memang lebih berbaloi jika belajar disini.
4. FREE 3 TRIAL LESSON
Ada banyak pilihan cikgu. Mesti nanti anda tak tahu nak pilih yang mana, jika anda sign up guna LINK NI. Anda akan dapat FREE 3 TRIAL LESSON. Jadi, bolehlah anda gunakan peluang ini untuk menempah trial lesson dengan cikgu yang anda berkenan.
Jika cikgu A tak sesuai dengan anda, silakan tempah dengan cikgu B dan seterusnya sehingga anda jumpa cikgu yang sesuai. Menurut pengalaman sis, lebih baik anda berterus terang dengan cikgu tersebut bagaimana anda ingin mereka anda ajar anda supaya cikgu tersebut tidak syok sendiri.
Sis harap perkongsian sis ni membantu anda untuk mahir bahasa Turki.
Macam sis sekarang ni, sis tahu banyak common vocab. CUma bila nak cakap tu tak yakin sebab bahasa Turki ni agglutinative. Contohnya i love you. Kan ada 3 suku kata. Dalam bahasa melayu pon ada 3 suku kata iaitu SAYA CINTA AWAK. Tapi dalam bahasa Turki, ada 2 je iaitu SENI SEVIYORUM.
Seni tu awak, tapi in certain ayat, ia boleh jadi sen, senin, seniz, dan sebagainya. ha agak susah jugalah mula-mula tu tapi kalau selalu praktis ok je.
Sis ada plan nak ke Turki lagi mungkin tahun hadapan. If sis pergi as solo traveller, sis nak pergi tempat yang tak pergi lagi, so far dalam plan maybe Trabzon, canakkale, bordum or fethiye, and sanliurfa(jumpa kawan). If pergi dengan someone yang first time ke Turki, maybe sis akan pergi tempat yang orang selalu pergi macam Cappadocia, pamukkale etc.
Setakat ni sis dah pernah ke Istanbul (of course la kan), Bursa, Konya, Isparta, Izmir, Denizli, Antalya, Mersin, Adana, Goreme(cappadocia), Ankara, dan Eskisehir.
Turki ada 81 negeri ya. sis baru pergi 10% daripada negeri yang ada.
Jika anda rasakan post ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain.
2 Comments
Merhaba Mira, Ben Umaira, Malayzialym. hehhe. saya pon layan drama turki.. jadik ketagih, dr satu drama ke satu drama. lama2 dah paham sket2 budaya and their language.. its fun.
ReplyDeleteMerhaba...
DeleteThank you for your comment ^_^