REVIEW KLINIK PERGIGIAN DR. FEELIZ SEKSYEN 19 SHAH ALAM

Hai semua. 

Hari ni sis nak kongsikan sikit mengenai semalam sis pergi ke Klinik gigi Dr. Feeliz yang terletak di Seksyen 19, Shah Alam.

Sis memang familiar lah dengan kedai-kedai kat sini sebab dulu sis sekolah kat area sini.

Alkisahnya sis nak pergi klinik gigi ni sebab nak consult pasal gigi bongsu aka wisdom teeth sis.

Gigi bongsu sis ni mula menonjolkan dirinya pada Januari 2019, sis ingat lagi sebab masa tu sis kat Ipoh tengah travel dengan kawan. Tetiba rasa sakit semacam belah gigi geraham tu. Tapi takdelah sampai demam-demam cuma rasa tak selesa dan sakit.


Sis layan je gigi ni tumbuh, sedar tak sedar gigi ni dah keluar semua. Bukan 1 belah tapi kedua-dua belah.

Kiri ada, kanan pun ada.

Yang jadi tak selesanya gigi belah kanan ni dia senget sikit tumbuhnya. Bila sis kunyah belah kiri, gigi bongsu kanan tu akan bergeser dengan pipi. Sakitlah jadinya sebab tu sis asyik kunyah belah kanan je.

Baru-baru ni, belah kanan pula rasa tak selesa. Sepertinya gigi tu nak undur diri kerana dia tahu yang dia telah menyakiti sis. Aicewahhh...

Sis pun ke klinik ni untuk bertanyakan hal itu.

Sebelum tu sis ada juga tanya kawan pejabat sis kalau-kalau mereka pernah cabut gigi bongsu.


Ada seorang kawan sis, dia beritahu yang ayahnya pernah cabut gigi bongsu ni dan kosnya RM1,000.


Telan air liur juga nak bayar. Ceh beli fon RM5k ada duit, nak cabut gigi berkira plak.

Ok, sis tak beli eh fon sampai RM5k, ni sis guna fon menang contest Grab 2019 haritu. 


Ok, untuk ke klinik ni, seeloknya kalian tempah lah. Jangan walkin sebab kalau walkin, ada risiko yang anda tidak diterima untuk buat rawatan.


BERAPA HARGA SCALING/BERSIHKAN GIGI?

RM90-RM200 mengikut ketebalan karang gigi. 


Sis haritu buat scaling ni la. Sebenarnya dah lama juga tak cuci gigi ni. Doktor tu cuci tak sakit pun. CUma ada kat tempat yang karang tebal tu dia cuci lama so masa tu je lah ada rasa ngilu sikit.

Doktor tu cakap klau sakit sangat, angkat tangan.

Disebabkan sis selalu kunyah belah kanan, karang gigi sis belah kanan lebih tebal daripada belah kiri. Tapi tebalnya tu takdelah sampai 2cm.. Sikit je sebab sis hari-hari gosok gigi bangun tidur dan sebelum tidur. Cuma kadang kadang je floss gigi.


kat bawah ni sis letak gambar senarai harga. Bagus kedai ni dia tayang siap-siap. So customer boleh bajet dah nak pilih servis mana.

RECOMMEND TAK KLINIK NI?

Ya, sis recommend. 


 Jika anda rasakan post ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain. Sila beritahu dengan segera jika ada kandungan didalam post ini yang salah infonya, atau yang sewaktu dengannya. Doakan semoga Amira Yusof dimurahkan rezeki, dipermudah semua urusan di dunia dan diakhirat. Aminnn.

Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement