TIPS KURANGKAN GIGI KUNING SELEPAS MINUM KOPI DAN TEH

Hai semua. 

Untuk penggemar kopi & teh, mesti anda perasan gigi anda lebih mudah jadi kuning. Bukan tu saja, gigi pun boleh jadi sensitif.

InsyaAllah kali ni saya cerita tips untuk kurangkan kesan buruk kopi dan teh kepada gigi


1) Minum guna straw & elakkan minum terus dari cawan/gelas. 

Tujuannya, kita nak elakkan minuman dituju direct kepada gigi, terutamanya gigi depan. Lebih banyak terdedah, lebih senang melekat warnanya.

2) Elakkan minuman yang terlalu panas. Tunggu sejuk sikit dulu. 

Suhu yang terlalu tinggi boleh beri kesan buruk kepada struktur dalaman gigi —> lebih mudah bertukar warna.

3) Kumur atau ‘bilas’ mulut dengan air putih selepas minum kopi/teh. 

Makin lama gigi kita terdedah kepada minuman, lebih mudah bahan melekat di permukaan gigi.


4) Elakkan berus gigi sejurus selepas minum kopi/teh. Tunggu 30 minit - 1 jam dulu.

Kedua-dua minuman ni berasid, dan memberus sebaik selepas minum, boleh menyebarkan lagi asid ke seluruh mulut —> struktur gigi jadi lebih lemah.


5) ‘Latte’ lebih baik dari ‘americano’! 

Secara ringkas, susu dalam kopi/teh boleh bantu mengurangkan kesan sisa minuman dari melekat di atas permukaan gigi.

6) Minum dalam one-shot lebih baik dari minum sikit demi sikit.

Bukan lah habiskan dalam seteguk, nanti tersedak pula. 

Point dia di sini, lebih panjang tempoh mula minum hingga habis, lebih tinggi risiko untuk dapat kesan buruk.

7) Jaga kebersihan mulut, rajin berus & floss gigi. 

Kebersihan yang tak memuaskan (terutamanya karang gigi) akan buat warna kekuningan lebih senang melekat.

Kalau ikut 7 tips ni minum kopi, tak akan ada kesan ka? Tak lah begitu. Kesan tu masih ada, cuma kurang.


Tips diatas dikongsikan oleh saudari @norulmadihahh di laman twitter beliau.




 Jika anda rasakan post ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain. Sila beritahu dengan segera jika ada kandungan didalam post ini yang salah infonya, atau yang sewaktu dengannya. Doakan semoga Amira Yusof dimurahkan rezeki, dipermudah semua urusan di dunia dan diakhirat. Aminnn.

Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement