PENGALAMAN SAKIT GIGI BONGSU - part 1

Hai semua. 

Sis tak tahu lah anda berminat atau tidak baca  post sis ni tapi sis nak cerita juga disini sebagai memori.

Gigi bongsu atau wisdom teeth ni akan tumbuh apabila umur kita menjelang 20 an.




Gigi bongsu ni adalah gigi yang PALING HUJUNG setelah gigi terakhir didalam mulut kita.

Mungkin ada diantara anda yang merasakan gigi anda sudah tumbuh semuanya. Anda silap! Ada satu lagi gigi yang masih belum menampakkan dirinya iaitu gigi bongsu ni.


Disebabkan gigi ni keluar lewat daripada gigi yang lain, maka kesakitannya juga amat luar biasa berbanding gigi biasa.


Tanda-tanda gigi bongsu anda nak tumbuh:

1. Sakit bahagian pipi atau bahagian gigi hujung.

2. Rasa tak selesa mulut.

3. Gusi terbelah dibahagian hujung, untuk beri laluan gigi bongsu keluar.

DISCLAIMER: Lain orang lain pengalaman, diatas ialah pengalaman sis. 


PENGALAMAN PERIBADI


Sis masih ingat, gigi bongsu SULUNG yang tumbuh di belah kanan ni pada bulan JANUARI 2019. Sis masih ingat sebab masa tu sis tengah jalan-jalan dengan kawan, dan sis rasa tak selesa betul masa travel tu sebab gigi sis sakit. Ingatkan kenapalah rupanya gigi bongsu nak keluar.

FEBRUARI 2022

Rupanya gigi bongsu belah kiri pulak nak keluar habis. Apalagi, terbelah lah gusi tempat gigi bongsu tu. Kalau makan, memang suka lah makanan terlekat kat bahagian situ sebab situ memang paling dalam dan tersorok.

Kesakitannya tu bukan kaleng-kaleng. Dimulai dengan rasa tak selesa, kemudian bila sentuh pipi, rasa sakit tetapi bila sentuh bahagian hujung tu dengan lidah, tak rasa sakit pun.

Sakitnya bukan di pipi je, di leher pun sakit. Ada la macam kat area tonsil tu. Tapi tak sesakit bila tonsil bengkak. Sis pernah alami tonsil bengkak secara tiba-tiba, perghh serangannnya macam bom atom. Badan tiba-tiba panas, mai pening dan tak larat.

Tapi kali ni tonsil hanya merah sahaja, tidaklah sampai bengkak jadinya sakitnya pun tidak keterlaluan.

Kemuncak pertama kesakitan ialah pada waktu malam sebelum tidur, sis rasa sejuk yang amat sangat. Ibarat ada di Kundasang, Sabah.

Setelah sis melelapkan mata, badan sis terasa panas sangat dan tak selesa. Sis banyak kali terjaga sebab PANAS. Padahal tadi sis sejuk giler. Sentuh kepala, leher, perghh panas. Area leher(tonsil) tu pon terasa sakit. 

Disebabkan masa tu mengantuk, so acuh tak acuh je la layan ragam badan. Masa tu sis fikir, ni kalau bangun pagi badan masih panas macam ni, memang sis ambil MC je lah. Tak kuasa nak kerja.

Alhamdulillah bangun pagi tu, eh suhu badan kembali normal, tonsil pun dah tak sesakit malam semalam. Sis tak jadilah MC sebab sis rasa lebih sihat berbanding semalam. Sakit di gigi pun sudah kurang sikit. Tetapi gusi masih terbelah dan berisiko untuk luka jika sis menguyah dengan rakus.

Ada sakit lain yang datang iaitu SAKIT TEKAK, ini tak tahulah sebab tonsil dah surut ke atau sebab apa.

Yang pasti sis sakit tekak yang amat, suara tetiba jadi seperti Ella.


Banyak juga ubat sakit tekak yang sis makan tetapi ia tidak mengubati pun. Walaupun ada tips minum air lemon lah, bunga cengkih ape semua tu sis tak nak buat, sila jangan contohi.

Inshallah sis akan berjumpa dengan doktor gigi pada minggu hadapan. Doakan supaya gigi bongsu ni dicabut jika itu yang terbaik.

AKIBAT MAKAN PEDAS

2 hari lepas sis mula sakit tekak tu, sis dah mula ada kahak. Tapi tak banyak sebab still boleh bercakap. Kiranya kahak tu tak menggangu percakapan sis.

Esoknya, sis pergi balum makan makanan pedas macam tomyam kat Pak Sawadee tu memang pedas giler ya, kerepek pedas. Lepas makan tu sis rasa tekak sis macam terbakar jap.

Malam tu, sis terjaga sebab rasa perit gila tekak, Sis bangun ambil lozeng dan kemam sampai tertidur.

Esoknya, sis bangun dengan badan yang lemah tak tahu kenapa padahal tidur awal dah. Tekak sis super perit daripada semalam.

Dengan peningnya lagi. Memang sis tak larat nak pergi kerja. Takkan nak paksa kan sebab kerja sis tu bukannya kalau sis tak datang alamatnya tempat kerja tu kena tutup. So, sis pun cakap kat bos yang sis tak sihat. 


Sis pun pergi la klinik yang sama sis pergi ahad lepas. Kiranya tak sampai seminggu sis dah pergi klinik. Ni pun sis pergi klinik sebab nak dapatkan MC. Yelah nak cuti sakit, kena dapatkan MC. Sis memang sakit ye. Bukan saja-saja buat sakit. 

Oh ya, masa ni nak bercakap pun susah weh sebab tekak nak telan air liur perit. Lepas tu dengan kahak yang super banyak haritu. 

Sis batuk kadang-kadang je untuk keluarkan kahak tu sebab sis risau tekak sis tengah meradang, so kalau sis batuk kuat nanti lambat pula sembuh.

Hari jumaat tu sis baring je dalam bilik. Oh ye sis tak demam. cuma sakit tekak, badan lemah dan pening. Pelik en simptom dia. Dah buat saliva test, negatif. Ada yang cakap, jangan percaya sangat saliva test tu. Lantok ler bukan korang pun yang nak sponsor aku buat RTK ke PCR ke. 

Sis cuma makan beberapa suap je bubur yang mak sis beli. TAk sampai 20 suap pun sebab nak telan tu siksa. 

Malam tu mak sis beli bubur McD, fries dengan teh tarik. SIs  paksa juga makan kalau tak nanti masuk angin lagi susah nak makan. Sis kunyah fries tu dan telan perghh sakitnya bila dia lalu kat kerongkong.

Teh tarik tu pon sis minum 5 sudu je. Bukan 5 hirup. Apasal sadis sangat cerita sakit tekak sis ni. Alahaii...

Hari sabtu pon sis makan sikit je. Pagi makan nestum 5 sudu, tengahari 5 sudu lepas tu malam sis kelaparannn.. oh ye sis buat air coklat tapi minum sikit je.

Hari ahadnya sis dah kebulur dah. Badan lembik sebab tak makan, bukan sebab sakit. Last2 g kedai makan sis makan nasi dengan kuah singgang. Lepas makan terus segar sikit.

Sis pun dah boleh bercakap..

Sebenarnya ada part yang sis tak cerita, bukan apa kalau cerita nanti makin panjang plak. 

Tq sudi baca sampai habis. 

Pemenda aku beriya tulis pasal sakit gigi ni. Sebenarnya ada panjang lagi ceritanya tapi sis cerita takat ni jelah. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh roger. 






 Jika anda rasakan post ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain. Sila beritahu dengan segera jika ada kandungan didalam post ini yang salah infonya, atau yang sewaktu dengannya. Doakan semoga Amira Yusof dimurahkan rezeki, dipermudah semua urusan di dunia dan diakhirat. Aminnn.

Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement