Setelah dua tahun tiada majlis berbuka puasa di luar.
Akhirnya tahun ini dah boleh buat majlis berbuka puasa, hotel dan restoran sudah boleh menyediakan pakej buffet ramadhan.
Aku tidak terlepas untuk hadiri majlis berbuka ala madinah anjuran karangkraf yang bermula 2 Ramadhan sehingga hujung Ramadhan.
Kenapa dipanggil iftar ala madinah?
Jika anda pernah lihat suasana berbuka puasa di Madinah, orang akan duduk dalam barisan yang panjang.
Ok sebenarnya bukan di Madinah je. Kat Malaysia ni dah lama dah dibuat style macam ni terutama di masjid.
Cuma bila tulis ala Madinah tu, lagi senang nak gambarkan cara berbuka puasa ini dibuat.
Makan yang disediakan setiap hari ialah random. Tiada menu tetap dan ikut rezeki masing masing.
Haritu aku pergi, aku tengok ada menu nasi arab, nasi putih ayam goreng kunyit mat rock, asam pedas, kari daging, dan macam-macam lagi. Yang penting semua sedap!!! Rasa macam homemade pun ada walaupun beli di kedai.
Air pula tak banyak pilihan, biasanya ada air teh tarik, kopi o dan sirap. Satu je la yang aku perasan, SIKIT SANGAT air teh yang dihidangnya. Kadang kan aku datang dalam pukul 7 camtu, tengok-tengok air dah habis dah. Aku perasan memang ada yang tak dapat ambil air panas/sejuk. Bekas yang disediakan pula kecil dibandingkan dengan tetamu yang hadir. Harap pihak karangkraf sediakan lebih banyak air teh tarik almaklumler orang kita ni hantu teh tarik. Bukan semua tapi kebanyakannya lah lagi-lagi orang muda. Kalau boleh sediakan air dalam tong besi macam kat kenduri tu.
Oh ya, sebelum berbuka tu ada sesi tazkirah oleh ustaz jemputan. So bolehlah bagi makan kat rohani dulu sebelum jasmani.
Akhir kata, untuk anda yang ingin berjimat, bolehlah hadir.
Walkin je, percuma!
Ada surau. Tapi surau perempuan jauh so makcik makcik yang sakit kaki tu better solat kat rumah je lah atau ada anak ke menantu yang boleh drive bawa ke surau. Mak aku sampai sakit kaki nak pergi surau dia last-last patah balik. Takde sign surau so yang mana first time tu memang tercari-cari lah. So better tanya staff kalau tak nak buang masa.
Untuk lelaki takde masalah sebab solat dekat dengan tempat berbuka tu je. Wudhu pun boleh ambil dekat paip berdekatan.
Sekian perkongsian saya mengenai pengalaman berbula puasa di Karangkraf..
Tahniah Karangkraf kerana menambahkan pahala di bulan puasa ni. Semoga Karangkraf terus maju dan kekal selamanyaaa...
Jika anda rasakan post ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain.
Sila beritahu dengan segera jika ada kandungan didalam post ini yang salah infonya, atau yang sewaktu dengannya.
Doakan semoga Amira Yusof dimurahkan rezeki, dipermudah semua urusan di dunia dan diakhirat. Aminnn.
0 Comments
Thank you for your comment ^_^