JENIS ARANG DI MALAYSIA

Hai semua. 

Jom kita kenali jenis² arang.



Arang kayu (charcoal) ni diperbuat daripada kayu² keras yang dibakar di dalam relau sehingga bertukar menjadi ketulan hitam/karbon setelah getah kayu (sap) dan airnya meruap.

Apabila arang tadi dijual begitu sahaja, ia dinamakan:

1) Arang ketulan kayu (lumpwood charcoal)
• Ni jenis arang kayu yang biasa kita guna di Malaysia.
• Ia mudah terbakar dan mempunyai suhu api yang tinggi (~760°C).
• Mudah menghasilkan percikan api ketika memasak.


• Setelah dibakar, ia akan bertukar menjadi abu dengan kadar yang sedikit berbanding jenis arang briket tetapi ia cepat habis terbakar.


Seterusnya,

2) Arang kayu briket/bata (briquette charcoal)

• Arang jenis briket ni pon diperbuat daripada kayu. Bezanya ia awalnya dalam bentuk serbuk. Kemudian dicampurkan dengan bahan lain seperti agen pengikat (binding agent) dan ada juga campuran bahan aditif nyalaan.

• Agen pengikat yang digunakan biasanya kanji supaya serbuk arang dapat dibentuk. Manakala aditif nyalaan pula bantu untuk nyalaan awal.

•  Arang jenis yang ni, mempunyai suhu api yang lebih rendah (~480°C) dan stabil. 
• Ia kurang menghasilkan percikan api ketika digunakan. 
• Apabila dibakar, banyak debu akan terhasil & sesekali perlu dileraikan supaya haba bara dapat kene pada makanan yang dipanggang.


3) Arang batu (coal)

• Yang ini arang drp perlombongan. Di Malaysia mungkin susah nak jumpa. Tapi di negara² beriklim sejuk, ada dijual dikedai². 
• Ia digunakan untuk pemanasan rumah, juga penjanaan kuasa (keretapi atau jana kuasa elektrik) dan BUKAN guna untuk memanggang.


Nak pilih yang mana satu?? 

a) Gunakan arang ketulan kayu (lumpwood charcoal) untuk masakan yang perlukan suhu yang tinggi, nak garing atau rasa hangit (char). Contohnya saya guna untuk bakar ayam percik tempoh hari.

b) Manakala gunakan arang kayu briket/bata (briquette charcoal) untuk masakan yang perlukan haba terkawal atau menyalai/smoke. Arang yang ni saya guna untuk masak ba-kwa (肉干).

c) Saya juga pernah makan ayam yang dipanggang dengan arang batu (coal). Tuan rumah yang memanggang tak tahu sampai saya lah saya tegur sebab beliau mengadu api lambat naik & saya makan terasa bahan api (fuel) di lidah.


Pengalaman saya & kesilapan tuan rumah tu harapnya jadi pengajaran (lesson learnt) untuk kita semua. 

Korang jangan buat tau! Pembakaran arang batu ada menghasilkan toksin dan bahan pencemaran.


SUMBER: TWITTER 


 Jika anda rasakan post ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain. Sila beritahu dengan segera jika ada kandungan didalam post ini yang salah infonya, atau yang sewaktu dengannya. Doakan semoga Amira Yusof dimurahkan rezeki, dipermudah semua urusan di dunia dan diakhirat. Aminnn.

Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement