KESALAHAN YANG ANDA TIDAK PATUT BUAT SEWAKTU PERKAHWINAN

Hai semua. 

Kesalahan yg anda tidak patut buat sewaktu wedding ‼️

Sometimes bila jadi Bride, kita tak sedar kesalahan yg kita buat & akhirnya akan buat kita rasa menyesal bila dah habis majlis. 

So nanti bakal pengantin luar sana akan aware dari buat kesalahan yg sama.

Kesalahan 1 : Tak pastikan diri sendiri cukup rehat + cukup tidur. 

Ramai orang mybe fikir benda ni mcm remeh kan? Sama mcm I. Dua tiga hari nak nikah masih busy settle memacam benda. 

Hasilnya bila majlis? Energy drop cepat gila. Itu yg jadi bridezilla. Take note!


Kesalahan 2 : Tak senyum & tak Friendly camera ( paling menyesal ) 

Yelah kadang bila kita penat sangat, kita tak sangka muka jadi grumpy gila depan camera. Hasilnya tengok gambar kahwin mostly mcm kena kahwin paksa dah.

Korang nanti penat camne pun, senyum wei! Jangan lupa!

Kesalahan 3 : Pemilihan tudung. 

Waktu hijab stylish bagitahu baru I perasan tudung bawal I tak happy ending. Haha. 

I beli bawal last minute yg tak sama colour pun dgn baju & bukan curve… benda ni kecik tp ko terlepas pandang. Maka tak cantik lah drape tudung jadi tajam.


Kesalahan 4 : Tak organized barang letak dalam satu tempat / simpan terlalu banyak sampai ko takleh cari balik barang yg ko simpan. 

Ex : I nak pakai lens hari nikah tp sbb lens simpan sekali dgn kasut + crown + veil & benda alah lain.. masa makeup tak dapat cari. 

Cancel lens.

Kesalahan 5 : Pemilihan Bunga Tangan.

Pd hari Nikah tu I buat sendiri hand bouquet. Ramai puji sbb bunga nampak mcm fresh flowers tapi satu je spoiled bagi I. 

Warna lari jauh betul dari Pelamin. So korang kalau nak pilih handbouquet, kena tengok sama kesesuaian dgn pelamin.


Kesalahan 6 : Tak banyak record Video. 

Silap paling I kesal sbb I tak sempat book videographer utk nikah pastuh whole nikah day takde proper video as memories.

Korang hire la satu videographer. Kalau tak, mmg menyesal.

Hanya mampu video tiktok je la. 


Kesalahan 6 : Lupa pakai Perfume

Tauke perfume lupa pakai perfume sbb jenis kelam kabut padahal dah siapkan mini perfume utk kegunaan waktu nikah. 

Btw korang bride, perfume utk whole day tu penting tau! Kalau nak jenis travel size perfume kecik-mudah bawa, tengok sini :

Kesalahan 7 : Tak ada gambar Bride posing.

Time tuh mmg photog I nak snap gambar banyak @ pelamin tapi I sibuk nak keluar melayan tetamu, bagi makan la, bagi doorgift la semua nak buat. 

Tgk gambar kahwin baru sedar tak banyak gambar posing sorang. Layan tetamu banyak. 


Kesalahan 8 : EYELASHES PERMING ‼️

If nak makeup nikah nanti kan, LASHES PERMING is NO NO NO! Nanti MUA ko mesti geram je waktu nak pakaikan fake lashes / mascara sbb bulu mata susah dibentuk!

Better jaga bulu mata dari awal dgn natural oil supaya mudah bentuk.


Kesalahan 9 : Tak dengar cakap Photographer! 

Awal tu photog I dah cakap, shoot je gambar sebanyak mungkin sbb taktahu yg mana satu shoot paling terbaik. I dah penat & rasa gambar banyak dah tu. Cukup lah.

Tahu-tahu kat pelamin mostly gambar duduk je. Berdiri takde.


Kesalahan 10 : Salah paling nyata sekali ialah tak sedar diri sendiri dah buat kesalahan2 kat atas.

Dah habis majlis apa semua baru lah terhegeh-heheh nak raaa menyesal kan? 

So korang baik bookmark thread nii sesiap pastu beware la dgn apa yg patut ye. 


Sumber: TWITTER 


 Jika anda rasakan post ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain. Sila beritahu dengan segera jika ada kandungan didalam post ini yang salah infonya, atau yang sewaktu dengannya. Doakan semoga Amira Yusof dimurahkan rezeki, dipermudah semua urusan di dunia dan diakhirat. Aminnn.

Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement