Hari ni aku nak kongsikan pengalaman aku renew passport.
Renew passport WAJIB buat secara ONLINE.
TAK BOLEH WALKIN kecuali ada masalah untuk buat online.
Aku renew online awal bulan 8 KAT SINI. Kemudian, lepas seminggu cek status KAT SINI. Masih dalam proses.
Oh ya, lepas korang dah bayar tu. Make sure korang simpan resit payment ye. Akan dapat kat emel. Tapi worst case macam aku ni, aku tak dapat pun emel yang ada resit tu. Nak kata aku salah masuk emel, bukan. Sebab lepas aku setel cap jari, aku dapat je emel Lulus.
Ok kat bawah ni summary proses renew.
1) RENEW ONLINE
- Laman web untuk renew - KLIK SINI
- Pastikan anda sudah ada gambar passport yang sesuai. Seeloknya anda ambil gambar baharu yang khas untuk renew passport.
- Pergi kedai gambar, cakap nak ambil gambar untuk renew passport. So nanti kedai akan bagi softcopy lah melalui emel. So jangan lupa tanya kedai tu ada bagi softcopy tak. Kutlah ada kedai yang old school, takde softcopy. Klau ada pun dia bagi kat emel. So better cari kedai yang boleh emel terus gambar tu.
- Bayar RM200.
- SAVE dan print resit.
KHAS UNTUK WARGA SHAH ALAM
Masa korang isi pilihan 'PEJABAT PUNGUTAN' tu, korang scroll nanti akan jumpa dua tau iaitu:
- SHAH ALAM - Kompleks PKNS
- UTC SELANGOR
Jadi, sila pastikan anda collect passport anda mengikut apa yang anda pilih.
PENGALAMAN COLLECT PASSPORT DI PKNS SHAH ALAM
Kat resit aku rupanya ada tulis 'CAP JARI BERMASALAH', kena pergi kaunter untuk sahkan cap jari barulah passport aku dibuat.
Aku sampai PKNS 7.15am hari Khamis. Masa tu orang beratur dalam 50 orang kot depan aku.
Pukul 8 pejabat bukak, dapat ambil nombor giliran jam 0840am. Sebelum ambil nombor, pegawai tu akan cek 3 perkara iaitu IC, resit dan passport lama. Ada ketiga-tiga ni baru dapat nombor.
Kemudian tunggu pula nombor dipanggil, pukul 10.30am. Anggaran 10 nombor, 1 jam. Masa tu 1 kaunter je buka untuk yang renew passport.
Kemudian, bila nombor anda dipanggil. Anda beri pada 3 pegawai tu 3 benda tadi. Nanti anda kena bagi cap jari digital. Anda akan dapat semula IC dan resit. Passport lama mereka pegang.
Tunggu dalam sejam atau sejam setengah. Anda pergi ke kaunter 7 untuk collect passport. Kat kaunter 7 ni, tiada nombor giliran. Kena tunggu nama dipanggil. So anda tunggu je lah kut nama anda dipanggil selepas sejam. Sebab kat kaunter 7 ni ada 3 jenis collection iaitu:
- yang walkin buat passport
- yang status 'LULUS', so boleh direct untuk collect passport sebab tiada masalah cap jari, gambar dan sebagainya
- yang status 'MASIH DALAM PROSES' dan sudah beri cap jari.
QNA
1) APA BEZA SHAH ALAM DAN UTC SELANGOR?
Di Shah Alam ni ada DUA Jabatan Imigresen Malaysia iaitu:
- di Tingkat 2, Kompleks PKNS.
- UTC Selangor atau lebih dikenali dengan Anggerik Mall.
2) NAK PILIH SHAH ALAM KE UTC SELANGOR?
Ikut korang lah. Ok je mana-mana. Dua-dua ramai orang.
3) SAYA DAH RENEW DUA MINGGU TAPI MASIH DALAM PROSES.
Korang cek tak kat resit kat bahagian bawah sekali tu. Kalau ada masalah, akan dinyatakan disitu. Jadinya tak perlu semak dah kat SINI. Terus walkin je. Sebab 100% aku yakin korang macam aku lah. Kena pergi kaunter. Sejurus aku setel urusan kat kaunter, aku terus dapat emel LULUS.
4) BERAPA HARI NAK SIAP ?
Kalau permohonan korang takde masalah, hari yang sama korang akan dapat emel LULUS. Sebab sistem en, so if sistem detect takde masalah, auto lulus la. Boleh terus collect, tak perlu ambil nombor. Tnjuk je emel 'LULUS'
Kalau permohonan korang ada masalah, nak tahu ada masalah ke tak, ada 2 cara iaitu:
- Resit rasmi, bahagian bawah ada dinyatakan
- Bila semak, tulis 'MASIH DALAM PROSES'.
5) SAYA TAK DAPAT RESIT, MACAMANA?
Ni aku tak tahu.
Jika anda rasakan post ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain.
Sila beritahu dengan segera jika ada kandungan didalam post ini yang salah infonya, atau yang sewaktu dengannya.
Doakan semoga Amira Yusof dimurahkan rezeki, dipermudah semua urusan di dunia dan diakhirat. Aminnn.
0 Comments
Thank you for your comment ^_^