Pertama kali hiking bukit sapu tangan

Assalamualaikum semua,

Bersempena ini kali pertama aku hiking kat Selangor ni, kalau tak silaplah.

Maka haruslah aku buat 'appreciation post' kat diri sendiri.



Alkisahnya setiap minggu memang aku mengidamkan untuk membusykan diri tapi apakan daya kadangkala aku tidak busy.

Khamis yang lalu member kerja aku tanya aku free tak sabtu ni. Aku memang free, Jadinya dia ajaklah pergi hiking bukit sapu tangan.

Aku yang sememangnya ingin hiking tapi takde kawan. Maka aku berbesar hati menerima jemputan tersebut.



Maka seawal jam 8am, kami berkumpul di Taman Botani kerana masing-masing tinggal di Shah Alam.

Sebelum tu aku tak bagitahu lagi aku hiking bukit apa kan.

Bukit yang aku hiking ni namanya Bukit Sapu Tangan.



Ada dua pilihan masuk iaitu daripada Taman Botani Shah Alam atau Bukit Bayu Puncak Alam.

Dulu aku macam, eh Bukit Sapu Tangan ni kat Shah Alam ke Puncak Alam?

Mengikut palatau aku, ia lebih sesuai dijadikan milik Puncak Alam. 



Susah tak hiking?

Bagi aku tak susah sebab jalan tar, dan sudah tentu jalannya menaik ketika mendaki.

Ni aku ceritakan perjalanan dari Taman Botani, kalau korang tak pasti laluan yang mana nak lalu, Boleh ikut Google Maps sebab aku dah cekkan dah. Laluan kat google maps tu betul.

Korang jalan je sampailah jumpa simpang tiga tu, belok kanan yang ada papan tanda dilarang bawa basikal.

Kemudian anda jalan lagi sehinggalah bertemu dengan Pentas Seni, kemudian anda jalan kehadapan sedikit sehinggalah anda jumpa papan tanda Bukit Sapu Tangan.

Anda mulakan hiking anda dengan turun bukit, bagi rileks dulu. Kemudian barulah anda akan kena hiking je.



Aku ambil masa 15 minit dari Taman Botani ke entrance yang ada papan tanda tu.

Kemudian, 45 minit diperlukan untuk beginner seperti aku ni untuk sampai ke puncak.

Ada lah kadang kadang tu aku kena stop kejap rehat 10 saat sebelum terus mendaki. Aku dapat rasakan stamina aku belum cukup kuat. Tetapi aku masih gagah untuk sampai ke puncak cinta kita. hehe.



Kat puncak tu, ada ruang rata yang sesuai kalau korang nak makan-makan ringan. Sebab kalau dah sampai atas kemudian ambil gambar kemudian turun. Macam tak puas pun ada, at least kalau korang makan-makan tu bolehlah santai-santai. Oh ya, kalau ada bawa makanan tu. Pastikan makanan tu korang bawa baliklah, buang kat bawah. Kat atas tu takde tong sampah.

Ada aku tengok orang buang kasut kat tepi jalan. Eii geram aku. Aku nak kutip tak berani plak mana tahu kasut tu dah berkurun dan ada penunggu ke. Hah bagus tak overthinking aku ni?

Ada masa aku kongsikan gambar aku disana! Nantikan, eh lupa boleh tengok kat instagram aku @ehmiray. 


Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement