TIPS MEMILIH KASUT HIKING/TREKKING
Cara Pemilihan Kasut
1. Pastikan dahulu melibatkan berapa lama masa penggunaannya, jikalau trekking di hutan2 lipur sekitar 2 – 3 jam anda bolehlah memilih sandle sebagai alternatif, tetapi jika melibatkan movement yang agak lama iaitu 6 jam ke atassebaiknya anda memilih kasut.
2. Pastikan anda memilih saiz yang berpadanan dengan anda jangan terlalu longgar/terlalu ketat, pastikan ada ruang sebaiknya ½ inci / 0.5 cm ( selepas pemakaian stokin ), ini memberi peluang pada anda untuk membuat regangan pada kaki. Jika terlalu ‘Fit’ / Ketat pastinya memberi ‘pace’ yang baik semasa berjalan tetapi perlu ingat rekreasi luar selalunya bukan ‘short distance dan short time activity’, terlalu ketat pastinya akan meyebabkan jari anda melecet dan kuku kaki tercabut, jika terlalu longgar juga akan menyebabkan melecet / blister, seterusnya boleh membuatkan anda ‘give up’ untuk meneruskan aktiviti.
3. Kasut mestilah jenis yang mempunyai ‘ankle support’/perlindungan pergelangan kaki menutupi buku lali. Kasut jenis ini membantu mengurangkan risiko terseliuh pergelangan kaki.
4. Pastikan ianya mempunyai tapak yang tebal dan mempunyai kedalam tapak antara 1 – 2 cm
5. Tapak yang terbaik adalah dari design ‘ berlawanan arah’ ( Lihat contoh gambar ), ini kerana tapak jenis ini memudahkan proses pendakian dan penurunan, mempunyai cengkaman yang amat baik serta amat efektif ketika membrek apabila bergerak dengan laju.
6. Pastikan meneliti kekemasan sulaman ikatan dan jenis benang ketika membeli kasut. Jahitan keliling tapak adalah yang paling terbaik dan tahan lama. Kini produk dari Negara Eropah mula menggunakan sistem ‘plastic injection’dimana tapak dicantum sekali dalam proses pembuatan kasut. Tetapi harganya agak mahal dan belum berada dipasaran tempatan.
7. Material kasut yang terbaik adalah kulit ini kerana ia tahan lama serta kalis air, tetapi harga agak mahal dan juga agak berbau jika tidak dijaga dengan rapi, material yang terbaik buat masa kini adalah dari jenis ‘Gore – Tex’ dan 'Cordura'. Selain dari tahan lasak ia juga cepat kering, dapat mengekalkan kedinginan suhu dalaman kasut, serta mampu meminimakan kemasukan air padanya.
Penjagaan
1. Elakkan kasut anda dari dimasuki air, lumpur, pasir dan sebagainya. Jika ada laluan yang melibatkan air sebolehnya elak laluan itu, tetapi pastikan keselamatan diutamakan terlebih dahulu. Melecet selalunya disebabkan kemasukan air pada kasut atau kasut berada didalam keadaan lembab.
2. Selepas sesi trekking tamat, pastikan dibersihkan kasut terlebih dahulu, jemur kasut bersama stokin di bawah cahaya matahari atau pada udara luar, jangan sesekali letak di bawah khemah, melainkan pada hari hujan
3. Jangan amalkan kaedah memanggang kasut dan stoking di unggun api, ini kerana dikhuatiri jahitan yang ada pada kasut anda akan rosak dan terputus. Ini secara tidak langsung memendekkan hayat kasut anda
4. Untuk membasuh sepenuhnya, rendam kasut bersama pekatan dynamo ( sebaiknya ) / serbuk pencuci semalaman, setelah dibersihkan jemur pada cahaya matahari.
5. Simpan kasut anda sebaiknya supaya tidak dimasuki habuk dan serangga. Jika penjagaan anda baik jangka hayat kasut anda boleh mencapai sehingga 3 tahun pada kadar penggunaan maksimum.
Harga Kasut
1. Terdapat pelbagai jenama dipasaran, antara jenis dan gred terbaik ialah dari jenama Northface, Columbia, Merrell, Vasque, Lowa, Teva, Hi - Tech dan sebagainya. Harga pula adalah dalam lingkungan RM 150.00 – 600.00 sepasang. Terdapat Juga dari jenis yang biasa dan tahan lasak yang menepati spesifikasi diatas dengan harga antara RM 50.00 – 100.00.
Lain – Lain
1. Jika anda pandai memilih kasut yang baik, anda boleh membeli kasut trekking terpakai di kedai -kedai Bundle atau pasar – pasar malam, selain dari kualiti yang masih baik, anda juga boleh tawar menawar untuk mendapatkan harga terbaik, biasanya antara RM 30 - 100 bagi yang berjenama.
2. Untuk mereka yang baru bergiat dalam kegiatan ini bolehlah membeli kasut getah ( biasanya dipanggil kasut menoreh ) yang mempunyai tapak ‘ berlawanan arah ‘ yang dijual di kedai runcit atau kedai kasut pada harga antara RM 4.00 – 8.00, kasut jenis ini boleh dibuat sebagai kasut ‘Spare’.
Walaupun agak selesa dipakai dan mempunyai daya cengkaman yang kuat serta mudah dikawal, kasut jenis ini mempunyai tahap keselamatan yang rendah. Pastinya buat pilihan terlebih dahulu, berpuas hati baru membeli, Biar anda menang membeli menang memakai.....
#hikertracker
#hikertegar
#hikernewbis
Disclaimer: Post ini diambil daripada grup hiking Malaysia.
Jika anda rasakan post ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain.
Sila beritahu dengan segera jika ada kandungan didalam post ini yang salah infonya, atau yang sewaktu dengannya.
Doakan semoga Amira Yusof dimurahkan rezeki, dipermudah semua urusan di dunia dan diakhirat. Aminnn.
0 Comments
Thank you for your comment ^_^